Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Friday, July 16, 2010

Blogger Dan Wordpress??

Mungkin ramai yang sudah mengenali apa itu blog. Blog adalah nama singkatan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan web log.

Blog yang tipikal menggabungkan teks, gambar dan pautan ke dalam blog, laman web dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks. Namun ada juga sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik(blog MP3) atau audio(podcasting).

Terdapat banyak web yang menawarkan untuk mencipta blog secara percuma di internet. Antara yang paling terkenal ialah Blogger dan Wordpress. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang menarik. Namun terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Perbezaan yang ketara ialah theme. Kedua-duanya mempunyai theme yang menarik namun blogger lebih senang dari segi memasang theme yang percuma berbanding dengan wordpress. Bagi wordpress pula ia mempunyai theme yang lebih menarik berbanding theme blogger dan kadangkala pencipta theme blogger akan adaptasi theme wordpress ke blogger. Namun untuk memasang theme percuma wordpress, anda terlebih dahulu mestilah mempunyai hosting (Exabytes - Your Excellent Hosting Partner!). Memang terdapat default theme pada wordpress namun ia tidaklah semenarik theme yang direka oleh pereka grafik.



Walau begitu terpulang kepada anda untuk memilih sama ada Blogger atau Wordpress asalkan anda selesa dan berpuas hati dengannya.

Berikut adalah laman web theme yang boleh anda layari.


Dan banyak lagi..