Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Tuesday, January 29, 2013

Sunnah Menyimpan Janggut

Sunnah Menyimpan Janggut


Sunnah Menyimpan Janggut

Posted: 28 Jan 2013 08:10 AM PST

TokGuruNikAziz

Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan pipi. Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah saw yang sangat dituntut kepada kaum Adam?

Rasulullah saw menggalakkan kaum Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya:

"Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik,
pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat."

Riwayat Muslim

Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafie adalah makhruh. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan yang terurus da kemas.

 

Kelebihan menyimpan janggut

  • Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.
  • Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
  • Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
  • Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.
  • Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.
  • Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sisterm pernafasan seperti asma.
  • Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.
  • Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.


Kekurangan mencukur janggut
Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.

- Ustaz Fauzi Abdul Hamid -