Fadhilat amalam Lailatul Qadar |
Fadhilat amalam Lailatul Qadar Posted: 01 Aug 2013 06:29 PM PDT
Hukum Mencari Malam Lailatul Qadar
Sebab Dinamakan Al-Qadar
Fadhilat Malam Al-Qadr
Golongan Yang Tidak Memperolehi Ganjaran Malam Al-Qadr
Bilakah Berlaku Lailatul Qadar
Malam ganjil 10 terakhir Ramadhan. Tidak berpindah hari sehingga hari kiamat.
Pendapat Sebahagian Ulama (Malam 27 Ramadhan)
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimat. Kalimah "سَلَامٌ هِيَ" (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke 27. Oleh itu beliau menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimah Lailatul Qadr terdiri daripada 9 huruf. Dalam surah al-Qadr kalimah Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak 3 kali. maka 9x3=27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Malik, ats-Tsauri, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahwaih, Abu Tsaur, al-Muzani, Abu Bakar bin KhuzaimahMuzani berpendapat Lailatul Qadar itu berpindah-pindah pada sepuluh malam terakhir setiap tahun.
Pandangan Fathul Wahhab/Al Imam Al Syairani berpendapat
Sebahagian masyarakat melayu masih berpandangan lailatul qadar wujud bila berlakunya perkara-perkara ganjil. Antaranya pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, air telaga penuh, ada api di antara langit dan bumi dan beberapa perkara ganjil yang lain.
Amalan-Amalan Di Malam Lailatul Qadar
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Wallahu'alam.
P/S : Kejarlah malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan. Bukan hanya pada 1 malam saja. Tak rugi pun. Malah menjadi bekalan untuk kita di akhirat kelak.. |
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |