Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Thursday, March 22, 2018

Daftar, Topup & Menang

Daftar, Topup & Menang


Daftar, Topup & Menang

Posted: 04 Feb 2018 10:18 PM PST

Daftar, Topup & Menang

Daftar, Topup & Menang Vivo V5!

Langkah 1 : Daftar sebagai agen topup. [ Borang Pendaftaran ]
Langkah 2 : Muat turun & pasang aplikasi di telefon pintar
Langkah 3 : Buat transaksi topup melalui apps

Tempoh Penyertaan : 17 Jan - 31 Mac 2018

CABUTAN BERTUAH akan dilakukan secara LIVE pada 15 APRIL 2018 08:00 Malam.

Lagi banyak transaksi topup, lagi banyak peluang anda untuk MENANG!

Maklumat lanjut layari http://kedaitopup1malaysia.blogspot.com

Laragon

Posted: 16 Jan 2018 08:31 AM PST

Laragon

Bagi web developer mungkin sudah biasa dengan XAMPP, WAMP dan lain-lain untuk tujuan pembangunan web. Sama seperti XAMPP, Laragon adalah aplikasi pembangunan yang pantas dan berkuasa untuk PHP, Node.js, Python, Java, Go, Ruby. Ia pantas, ringan dan mudah digunakan.

Laragon sangat sesuai untuk membina dan mengurus aplikasi web. Ia memberi keutamaan kepada prestasi dan direka bentuk agar stabil, sederhana dan fleksibiliti. Laragon sangat ringan dengan penggunaan teras binari kurang dari 2MB dan RAM kurang dari 4MB semasa dijalankan.

 

Antara ciri-ciri Laragon :

  • Pretty urls
    Menggunakan app.oo bukannya localhost/app.
  • Mudah alih
    Anda boleh memindahkan folder Laragon (ke cakera lain, ke komputer lain, sync ke Cloud, ...) tanpa sebarang kebimbangan.
  • Terisolasi
    Laragon mempunyai persekitaran yang terpisah daripada OS anda menjadikan sistem anda bersih/tidak terusik.
  • Mudah Dioperasi
    Tidak seperti yang lain, Laragon membuat konfigurasi untuk anda. Laragon mempunyai fungsi auto konfigurasi untuk semua perkara yang rumit. Sebab itu, anda boleh menambah PHP versi lain, Python, Ruby, Java, Go, Apache, Nginx, MySQL, PostgreSQL, MongoDB, ... dengan mudah.
  • Moden & Berkuasa
    Laragon sesuai untuk membina aplikasi web. Anda boleh menggunakan kedua-dua Apache & Nginx kerana yang telah diuruskan sepenuhnya. Selain itu, Laragon menjadikan sesuatu perkara lebih mudah:
    Ingin mempunyai CMS Wordpress? Hanya 1 klik.
    Mahu tunjukkan projek anda kepada pelanggan? Hanya 1 klik.
    Ingin mengaktifkan / melumpuhkan PHP extension? Hanya 1 klik.

Muat turun Laragon

Teknik Buat Duit Di WeChat Secara Sambilan!

Posted: 15 Jan 2018 09:27 PM PST

Teknik Buat Duit Di WeChat Secara Sambilan!

Ingin Tahu Bagaimana Menjana Pendapatan Sampingan 3 - 4 Angka Sebulan, Secara Sambilan! Menggunakan WeChat?
Walaupun Anda Tidak Pernah Gunakan WeChat Sebelum ini..!

Dalam situasi ekonomi sekarang, PELABURAN yang TERBAIK adalah pelaburan TERHADAP DIRI SENDIRI. Iaitu dengan cara MENAMBAH ILMU-ILMU BARU AGAR dengan ilmu itu ia DAPAT menambah dan MEMPERBAIKI kedudukan EKONOMI keluarga serta POKET SENDIRI.

Nak harapkan gaji setiap bulan yang ada?… memang sukar untuk menyimpan. Jadi, mahu atau tidak! Anda harus ada PLAN B iaitu CIPTA PENDAPATAN TAMBAHAN untuk naikkan pendapatan anda setiap bulan.

 

Kenapa Anda Perlu Gunakan WeChat Untuk Buat Duit Sampingan?

Ada banyak sebab mengapa buat duit di WeChat adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan tanpa perlu anda berhenti kerja. Disini.. saya nyatakan 10 SEBAB kenapa anda perlu buat duit di WeChat!

  • 95% Pengguna Telefon Pintar Menggunakan Wechat Di Malaysia.
    Pada 17 Ogos 2017, Malaysia memiliki pengguna WeChat yang ramai. Dilaporkan sebanyak 95% telefon pintar di Malaysia memiliki WeChat yang dimaklumkan oleh Pengarah WeChat Global. Jadi ramai tu yang menggunakan WeChat. Rugi jika anda tidak menggunakan WeChat sebagai tempat buat duit
  • Mudah digunakan oleh semua golongan.
    WeChat mudah digunakan oleh semua golongan termasuk anda yang berumur. Lebih mesra pengguna
  • Anda Telah Ada Alat Utama Buat Duit Di WeChat
    Anda mempunyai alat utama untuk buat duit di WeChat iaitu telefon pintar atau HP yang ada internet. Setiap bulan ada bayar bilnya. Sudah tiba masanya telefon anda digunakan untuk buat duit
  • PERCUMA! Zero Kos Pemasaran.
    Anda tidak perlu membayar untuk buat promosi atau iklan di WeChat. Semuanya percuma dengan Teknik WeChat. Ini berita baik buat anda yang nak buat duit secara sambilan di WeChat. Tak perlu langsung untuk keluar kos untuk promosi
  • WeChat Boleh Menyimpan "CopyWriting" @ Ayat Balas PM .
    Mudah untuk anda reply @ balas semua pertanyaan yang dibuat oleh pengguna WeChat yang berminat dengan idea buat duit anda. Tak perlu sentiasa menaip satu-satu. Boleh simpan lokasi map yang dikeluarkan oleh WeChat kepada bakal pelanggan anda.
  • PERCUMA! Prospek Sehingga 5000 Pengguna WeChat.
    Anda Boleh mendapatkan PROSPEK sehingga 5000 pengguna WeChat yang berminat dengan idea buat duit anda. Bestnya WeChat boleh buatkan bakal pelanggan sendiri yang request menjadi "Friend" anda.
  • 99% Kenalan WeChat Akan Nampak Post Dibuat Anda.
    WeChat membolehkan 99% post yang dibuat oleh anda akan dilihat oleh semua kenalan WeChat anda. Ini memberikan impak kepada idea bisnes buat duit anda
  • WeChat Lebih Privasi Berbanding Facebook Atau Instagram
    Semua komen yang dibuat oleh rakan atau prospek pada post anda, hanya boleh dilihat oleh anda berdua sahaja. Jadi ia lebih privasi dan selamat dari pengetahuan orang lain.
  • KUASAI & TAKLUKI Pengguna WeChat Dalam RADIUS 20 KILOMETER.
    Anda boleh mendapatkan Propsek atau Pelanggan secara PERCUMA sehingga 20KM radius dari lokasi anda berada. Di mana sahaja anda berada di Malaysia atau luar negara pun boleh. Janji ada pengguna WeChat.
  • WeChat Ada Fungsi Scan QR CODE atau "Quick Response Codes".
    Memudahkan anda menggunakan QR CODE ini untuk buat duit di WeChat. Anda akan memudahkan prospek dan bakal pelanggan mencari serta mendapatkan maklumat buat duit dengan QR CODE WeChat anda. Di Malaysia ada 3 bank telah menggunakan QR Code WeChat iaitu Bank Maybank, Public Bank dan City Bank dalam promosi mereka

 

Apakah Yang Akan Dibongkarkan Dalam Ebook Teknik WeChat Ini?

Terdapat 6 Bab Utama di dalam ebook ini! Berikut saya kongsikan pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...

  • Pendahuluan
  • Bab 1: 7 Kunci Asas Sebelum Buat Duit Dengan WeChat
  • Bab 2: Apa Itu Buat Duit Dengan WeChat?
  • Bab 3: Menjana Duit Pertama Dengan WeChat
    • Bagaimana cara mudah mendaftar WeChat ?
    • Apakah Rahsia Nama Buat Duit dengan WeChat ?
    • Apakah Rahsia 30 Huruf Buat Duit dengan WeChat ?
    • Bagaimana 3 Rahsia Pemikat WeChat Berfungsi ?
    • Apakah 4 Pelaris Buat Duit dengan WeChat ?
    • Jangan Biarkan WeChat Anda Kosong
  • Bab 4: Rahsia Pemasaran Zero Kos Dengan WeChat
    • "Teknik Jerat 30 Minit"
    • Rahsia 5 Ayat Teknik Closed WeChat
    • Teknik Bro-M200
    • Teknik Komando WeChat
    • 10 larangan buat duit di WeChat?
  • Bab 5: 15 Penghalang Buat Duit Di WeChat
  • Bab 6: 10 Formula Mudah Tingkatkan Pendapatan Pendapatan Dengan WeChat

 

Harga untuk ebook ini hanya RM150 sahaja. Ianya masih lagi murah berbanding nilai dan pulangan yang bakal anda perolehi. Tapi sempena pelancaran ebook ini. Saya nak bagi anda special sikit …..
Bukan RM150.... Bukan RM100.... Bukan RM80.... TETAPI... 

Hanya RM50 Sahaja!!

EBOOK BONUS: 50 Idea Buat Duait Dengan WeChat

bundle teknik wechat

tempah

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Sekian.

Azly Yusoff
Penulis ebook Teknik WeChat

123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah!

Posted: 03 Jan 2018 06:22 AM PST

123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah!

Duit Asyik Tak Cukup.... Atau Hanya Sekadar "Cukup-Cukup" Je Bila Sampai Hujung Bulan? Simpanan Pula Langsung Takde!
Adakah Anda Nak Tahu, Bagaimana Cara Berjimat & Simpan Duit Hingga RM1,000 Sebulan? Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Saya Melakukannya...

Kepada para sahabat yang sedang pening mengatur kewangan

Assalammualaikum & salam sejahtera!

Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri...

Saya Zahid... saya kini menetap di Gombak dan bekerja di sebuah agensi kerajaan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kehidupan di bandar sememangnya sangat mencabar. Lebih-lebih lagi bila cerita pasal bab kewangan. Dengan kos sara hidup yang tinggi.. ditambah pula dengan kos tol, parking serta harga minyak yang selalu meningkat saban minggu. Ianya memerlukan saya betul-betul mengatur kewangan dengan sebaik mungkin.

Saya hanyalah pekerja biasa yang bergaji sekitar RM3,000 sahaja. Walaupun ianya nampak besar bagi sesetengah orang, tetapi, untuk kehidupan di bandar, pendapatan sebegitu adalah termasuk di dalam kategori miskin bandar.

Isteri saya pula tidak bekerja, bagi saya, perihal beban kewangan, biarlah saya sebagai suami yang tanggung sepenuhnya, manakala isteri pula memberikan tumpuan sepenuhnya menjaga dan mendidik 2 orang cahaya mata kami. Apatah lagi akhlak sebahagian remaja di bandar sangat merisaukan jika terdedah tanpa pengawasan ibu bapa.

 

Setiap Bulan, Duit Asyik Tak Cukup!

Walaupun saya telah sedaya upaya mengatur kewangan dengan sebaik mungkin, namun, boleh dikatakan, hampir setiap bulan... ada saja perkara-perkara yang diluar jangka berlaku!

Kereta rosak, kena saman trafik, anak sakit, peti ais rosak, hal-hal kecemasan dan terpaksa pulang ke kampung, bos hantar kerja outstation (walaupun boleh claim, tapi terpaksa guna duit sendiri dahulu).

Perkara-perkara sebegini menyebabkan peruntukkan perbelanjaan bulanan saya terganggu sehingga menyebabkan, saya terpaksa korek semula simpanan yang ada pada setiap bulan. Duit yang diperuntukkan untuk di simpan.. hanya dapat simpan sekejap sahaja, lepas tu, terpaksa keluarkan semula! Kalau tidak, dapur tak berasap dan anak tiada pampers dan susu!

 

Pernah Juga Cuba Buat Kerja & Bisnes Sambilan.....

Pernah juga saya mencuba-cuba untuk buat bisnes online secara sambilan, cuba-cuba jual barang kat mudah.my... buat dropship sikit, affiliate sikit dan beberapa lagi... ada lah juga dapat hasil sikit... tapi tak banyak. Mungkin disebabkan komitmen yang diberikan tidak begitu banyak dan mantap!.

Maklumlah, saya sering balik lewat, kadangkala, perlu outstation pula pada hari minggu atas urusan kerja.

Jadi, masa yang ada untuk buat kerja-kerja lain agak terhad.

 

Terfikir Nak Pinjam Ah Long....!

Pernah satu hari... wang di dalam dompet hanya tinggal RM30 sahaja dan gaji akan masuk 3 hari lagi. Saya betul-betul berharap, untuk tempoh 3 hari tersebut, tiada perkara-perkara yang di luar jangka akan berlaku.

Bila difikir-fikirkan, hampir begitulah kehidupan saya setiap bulan... asal tiba sahaja hujung bulan, duit dalam dompet sekadar cukup-cukup sahaja! Jika ada berlaku hal-hal kecemasan yang melibatkan wang! Nak tak nak, saya terpaksa keluarkan semula duit dari tabung haji ataupun pinjam duit dari kawan-kawan.

Pernah juga terlintas di fikiran saya untuk pinjam duit dari Ah Long.... tapi Alhamdulillah, saya belum sampai ke tahap sebegitu lagi.

 

Rasa Bengang & Nak Marah...!

Bila lihat harga minyak naik! Harga tol naik! Harga gula naik! Harga minyak masak pun naik!

Saya rasa macam nak marah sangat...! Tapi tidak tahu nak marah kepada siapa!

Nak marah bangla yang jaga pam kat stesyen minyak? Bukan dia yang tentukan harga minyak!

Nak marah awek yang jaga tol? Dia cuma kerja je.. tol tu bukan dia yang punya!

Nak marah cashier kat kedai runcit sebab gula & minyak naik harga? Mereka pun hanya bekerja kat situ je, bukannya mereka yang kawal harga minyak dan gula!

Jadi... nak marah siapa?.....

 

Lama Saya Termenung...

Bila difikir-fikirkan semula... memang saya tak boleh nak marah siapa-siapa!

Satu-satunya orang yang boleh saya marahkan.. ialah diri saya sendiri!

Semuanya salah saya sendiri.... saya yang tak kerja & cari pendapatan sungguh-sungguh! saya yang tak simpan duit! Saya yang tak kawal perbelanjaan saya betul-betul!

Sememangnya.. apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita, seperti... harga minyak naik! harga tol naik! harga barang naik!....

Semuanya adalah di luar kawalan kita! Kita tidak boleh nak kawal perkara tersebut!

Satu-satunya benda yang boleh kita kawal... adalah diri kita sendiri!

Bagaimana kita mengurus dan mengeluarkan setiap helai duit di dalam dompet kita.. itulah perkara yang boleh kita kawal!

 

Mula Ubah Cara Hidup!

Disebabkan itu... maka, saya mengambil keputusan untuk mula mengubah cara hidup saya dengan lebih berjimat cermat.

Saya mula membaca pelbagai artikel, buku serta majalah berkaitan pengurusan kewangan. Malah, saya juga banyak berbual dan menerima banyak tips-tips yang praktikal dari kawan-kawan serta jiran-jiran tentang hidup berjimat cermat.

Banyak tips-tips yang saya perolehi itu, saya amalkan!

Alhamdulillah.. ianya menjadi dan memberikan hasil yang positif!

Setelah beberapa bulan saya amalkan tips-tips berjimat cermat yang saya perolehi dari pelbagai sumber tersebut! Saya mula dapat mengekalkan wang yang di simpan! (tidak lagi perlu korek semula)

Malah, apabila tiba hujung bulan, iaitu sebelum hari gaji! Saya masih lagi ada mempunyai wang di dalam dompet!

 

Hidup Lebih Tenang!

Saya kini rasa lebih tenang! Tidak lagi rasa tension dan nak marah-marah bila lihat harga minyak naik setiap minggu!

Bila nak balik kampung juga, saya sudah tidak rasa begitu tertekan seperti sebelum ini yang mana, apabila setiap kali mahu pulang ke kampung, mata asyik terbayang-bayang duit melayang sebab nak bayar kos minyak dan tol!

Duit simpanan di dalam bank juga semakin bertambah, walaupun pertambahan itu sedikit, namun ianya konsisten dan tidak lagi seperti sebelum ini yang asyik "masuk-keluar-masuk-keluar" sahaja.

 

Saya Terfikir...

Apabila saya mula nampak perubahan yang positif di dalam hidup saya!

Saya terfikir... alangkah baiknya jika saya dapat kongsikan ilmu tentang berjmat-cermat ini dengan orang lain! Saya pasti, ramai yang mengalami masalah yang sama seperti mana yang pernah saya alami!

Akhirnya... timbul di fikiran saya untuk menulis dan mencatatkan semua ilmu, tips serta pengalaman saya tentang hidup berjimat-cermat ini menjadi sebuah ebook! Saya percaya, tips-tips yang saya tuliskan di dalam ebook ini, serba sedikit akan dapat membantu dan mengubah kedudukan kewangan orang lain yang membacanya.

Maka.. dengan itu... terhasillah sebuah ebook...

123 Tips Mudah Berjimat Cermat Yang Mampu Membantu Anda Dalam Mengawal Kewangan Anda Dengan Lebih Berkesan!

 20180103 tips jimat

 

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

 

E-book "123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT" ini adalah panduan yang sangat sempoi dan mudah dipraktikkan. Ianya sarat dengan info berguna.Saya menulis ebook ini dengan ayat-ayat yang mudah supaya anda boleh melakukannya pada diri, keluarga dan persekitaran. Antara Strategi mudah jimat cermat yang terdapat di dalam ebook tips panduan ini

  1. Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
  2. Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
  3. Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
  4. Strategi Berjimat- Cermat Dalam Hal Pendidikan
  5. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
  6. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
  7. Strategi Berjimat- Cermat Untuk Kesihatan
  8. Strategi Berjimat-Cermat Di Pejabat
  9. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hiburan
  10. Strategi Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
  11. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
  12. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
  13. Strategi Berjimat-Cermat Di Waktu Perayaan
  14. Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru

 

Kenapa Anda Mesti Mendapatkan Ebook Ini?

Ebook ini paling lengkap merangkumi 14 strategi utama yang menyentuh setiap aspek keadaan seluruh kehidupan dan aktiviti kita.

Terdapat 123 tips mudah yang praktikal dan sesuai diamalkan majoriti rakyat Malaysia.

Ebook tips mudah berjimat cermat ini sarat dengan info, tips dan strategi dirangka daripada pengalaman, perkongsian dan kajian holistik merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.

E-book ini adalah wajib dimiliki bagi anda yang mahu hidup lebih tenang, selesai hutang, mengelakkan pembaziran dan mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat fizikal dan mental, tidak kira sama ada anda masih bujang apatah lagi sudah berkeluarga.


Apa Beza Ebook Ini Dengan Artikel Yang Lain?

E-book ini memang berbeza. Setiap tips, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan dalam setiap bab digarap secara terperinci untuk memastikan setiap tips adalah mudah dan praktikal untuk dilakukan.

Adakalanya anda rasa perkara yang dinyatakan itu macam perkara biasa sahaja. Tetapi, rupa-rupanya perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang dalam mengurus dan mengawal perbelanjaan dengan lebih berkesan. Malah ianya berbaloi untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga anda.

Tip-tip dalam e-book ini adalah satu tindakan yang bijak dan mendorong anda agar lebih menghagai setiap masa, tenaga dan wang ringgit yang dibelanjajan serta lebih kreatif untuk menjalani kehidupan secara sederhana dan teratur.

 

Berapa Harga Untuk Mendapatkan Ebook Ini?

Jika anda mendapatkan ebook ini hari ini! Harga pengenalan untuk 100 orang pertama yang mendapatkan ebook ini hanyalah RM27 sahaja!

Ya! Hanya RM27 sahaja untuk 123 Tips Jimat Cermat! Ianya adalah hanya berharga 22 sen sahaja bagi setiap tips!

Sedangkan setiap tips yang terdapat di dalam ebook ini, jika anda berjaya amalkan, ianya akan mampu menyelamatkan wang anda antara RM10 hingga RM100 ringgit setiap bulan!

tempah

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

 

Opss! Nanti Dulu!

Saya Ada 3 Ebook Bonus Terbaik Jika Anda Dapatkan Ebook "123 Tips Jimat" Sekarang!

Ada 3 buah ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda jika anda membuat tempahan hari ini! Ketiga-tiga ebook bonus tersebut akan melengkapkan lagi strategi penjimatan dan penyimpanan wang anda agar menjadi lebih mudah! Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!

 

BONUS #1 : 9 IDEA JANA WANG TANPA MODAL

Di dalam situasi sekarang, yang mana peruntukan wang menjadi begitu terhad. Maka disini, saya berikan anda idea, bukan 1 atau 2.. tetapi 9 idea yang boleh anda lakukan untuk menjana wang tambahan bagi pendapatan anda.

Apa yang lebih menarik, 9 idea yang saya kongsikan di dalam ebook ini, tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal berbentuk wang. Anda boleh lakukannya tanpa mengeluarkan sebarang kos. Apa yang diperlukan, hanyalah sedikit masa dan usaha!

BONUS #2 : 10 HOBI BUAT DUIT!

Antara cara yang paling pantas untuk menjana wang tambahan, adalah dengan menjual kemahiran yang sudah kita miliki. Kemahiran itu pula, selalunya ada pada hobi yang sering kita lakukan dan minat.

Jadi, di dalam ebook ini, saya tunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan duit sampingan dari 10 jenis hobi, yang mana, mungkin salah satu daripadanya memang merupakan hobi yang sering anda lakukan.

BONUS #3 : 11 TEKNIK MUDAH JEMPUT REZEKI

Jika kita sering merasakan duit sentiasa tidak cukup,hutang pula semakin bertambah. Mungkin kita perlu lihat juga dari aspek rohani. Mungkin ada amalan-amala yang kita lakukan selama ini tidak begitu sempurna yang mana, ianya mungkin menjadi penyebab rezeki itu terhalang untuk sampai kepada kita.

Oleh itu, di dalam ebook ini, saya kongsikan amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki dan sekaligus, menjemput rezeki datang menderu-deru kepada anda tanpa anda sangka-sangka.

Sememangnya ini adalah satu tawaran yang tidak boleh anda lepaskan!

 

P/s :- Usah ambil masa terlalu lama untuk bertindak! Anggap sahaja pelaburan ilmu sebanyak RM27 ini adalah merupakan titik permulaan untuk anda memulakan gaya hidup baru dengan kedudukan kewangan yang lebih selesa dan menenangkan!

P/p/s:- Di dalam ebook ini ada disenaraikan 123 Tips, namun begitu, ianya bukanlah bermakna anda perlu melakukan semua tips tersebut untuk membolehkan anda berjimat dan menyimpan sehingga RM1,000 sebulan. Anda hanya perlu melakukan sebahagian sahaja, mungkin 10-20 tips sahaja sudah memadai mengikut keselesaan anda!

Sekian.

Zahid Zainal
Penulis Ebook Tips Jimat

7 Trend Rekabentuk Laman Web Yang Perlu Diketahui & Diguna Masa Kini

Posted: 26 Dec 2017 07:40 PM PST

7 Trend Rekabentuk Laman Web Yang Perlu Diketahui & Diguna Masa Kini

Chatbots

Chatbots lahir daripada kemajuan teknologi aplikasi pesanan mudah alih seperti WhatsApp dan Facebook Mesengger. Kunci utama teknolgi ini berkisarkan tentang kecerdasan buatan. Antara contoh chatbots :

  • Christopher Bot [ www.christopherbot.co ]
    Bot ini telah ditulis oleh seorang pelajar berusia 14 tahun yang bertanya soalan seperti "Adakah anda mempunyai kerja rumah matematik?" selepas setiap persekolahan dan kemudian mengingatkan mereka kembali.
  • DOMThePizzaBot [ www.dominos.co.uk/easy ]
    Bot pizza dari Dominos telah diintegrasi dengan Facebook Messenger yang membolehkan pengguna menempah makanan secara terus dengan platform tersebut dan menggunakan emoji.
  • SU [ www.nexus.cx/su ]
    Bot yang direka untuk menyokong orang yang bergelut dengan perubahan disekelilingnya.

3 API dan Framework terbaik untuk membina chatbots

 

WebVR

WebVR adalah spesifikasi terbuka yang memungkinkan untuk mengalami Realiti Maya / Virtual Reality (VR) di pelayar anda. Matlamatnya adalah untuk memudahkan semua orang mendapatkan pengalaman VR, tidak kira apa peranti yang ada. Anda memerlukan dua perkara untuk mengalami WebVR :

  • Headset seperti Google Cardboard, HTC Vive, Playstation VR, Samsung Gear VR dan Windows Mixed Reality Headsets.
  • Pelayar yang serasi

Rujukan WebVR [ https://webvr.info/ ]

 

AR & The Web

Augmented Reality (AR) adalah idea untuk menyatukan media yang dijana oleh komputer seperti Objek 3D, kandungan 2D dan audio dengan memberikan pandangan seseorang tentang dunia nyata. Pokemon Go sebagai contoh telah berjaya menggunakan konsep AR di dalam aplikasi tersebut. 

Namun masalah utama AR ialah pengguna memerlukan pemasangan atau installation di dalam peranti pengguna. Sebagai contoh untuk melihat kandungan sebuah majalah interaktif, pengguna perlu memuat turun aplikasi tersebut, menggunakannya sekali, kemudian memadamkannya apabila sudah selesai dan kitaran itu terus untuk setiap kes penggunaan majalah tersebut.

Apa yang ditawarkan AR di web adalah jauh lebih baik dalam pengalaman melayari web mudah alih. Hakikat bahawa ia boleh berfungsi tanpa apa-apa pemasangan atau installation tertentu amat bermakna.

Antara tools untuk membina AR di web:

 

Microinteractions

Microinteractions menyediakan pengalaman yang menyenangkan dan maklum balas yang berguna untuk pengguna. 4 cara untuk menjadikan microinteractions anda berguna : 

  • Masa tindak balas yang cepat
    Tindakbalas yang segera seperti dalam tempoh 0.1 saat. Tiada siapa yang ingin menunggu memandang skrin yang tidak berubah sekiranya apa yang dilakukannya berjaya.
  • Pastikan pengguna dimaklumkan
    Status icon atau loading bar membuatkan pengguna mengetahui apa yang dilakukan mera sedang diproses dan merea sanggup menunggu. Ini akan menghalang pengguna daripada hilang minat atau paling teruk meninggalkan laman anda sama sekali.
  • Elemen yang biasa dikenali
    Seperti semua reka bentuk terdapat beberapa elemen, ikon atau kedudukan yang telah menjadi perkara biasa dalam atas talian.
  • Pastikan ia mudah
    Keindahan mikrointeraktif ada dalam kesederhanaannya - notifikasi kecil "add to cart" atau animasi mudah sebagai contoh. Ini semua berkenaan tindakbalas segera atas sesuatu tindakan/arahan.

 

CSS Grid

Grid CSS menawarkan sistem susun atur berasaskan grid, dengan baris dan lajur, menjadikannya lebih mudah untuk mereka bentuk halaman web tanpa perlu menggunakan floats dan positioning. Penggunaan CSS Grid ini menjadikan paparan laman ada responsive atau mesra mobile. 

 

Voice Search

Mengikut COMSCORE, 50 peratus kemudahan carian akan dapat menyokong carian melalui suara menjelang 2020. Antara contohnya, Siri (Apple),  Cortana (Microsoft) dan Alexa (Amazon) yang menyokong carian dan arahan melalui suara.

 

SVG

Terdapat banyak format imej yang ada seperti JPEG, GIF, PNG dan WebP. Tetapi apabila disebut imej vektor, SVG adalah pemenangnya. SVG mempunyai skala yang tak terhingga dan jelas di mana-mana resolusi, bersaiz kecil, fail yang mudah dimampatkan, menjadikannya ideal untuk laman web.

Kalendar Tahun 2018

Posted: 12 Dec 2017 07:44 AM PST

Kalendar Tahun 2018

Tahun 2018 bakal menjelang tidak lama lagi. Sebagai rujukan, berikut dikongsikan Kalendar 2018 berformat PDF yang mengandungi tarikh-tarikh penting pada setiap bulan pada tahun 2018 seperti cuti umum atau hari kelepasan am persekutuan dan negeri, cuti sekolah dan sebagainya.

Kalendar merupakan bahan penting bagi seseorang, tidak kira ia bekerja sebagai apa, sama ada guru, doktor, jururawat atau pun buruh. Kalendar 2018 ini boleh dibuat rujukan dalam merancang percutian atau aktiviti keluarga termasuk majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri, himpunan keluarga / family gathering dan banyak lagi. Juga sesuai dipadankan dengan tarikh pembayaran BRIM dan jadual gaji 2018.

Kalendar Tahun 2018 boleh dimuat turun di https://maribeli.com.my/v1/kalendar-2018 atau di http://blog.alkhudhri.com/index.php/muat-turun/category/3-cenderahati

Sekiranya ada ralat di dalam Kalendar tersebut bolehlah dimaklumkan.

Jangan tengok saja.. Silakan kongsi dengan rakan-rakan anda.

Hero - Justice League

Posted: 29 Nov 2017 08:23 PM PST

Hero - Justice League

Flash : What are your superpowers again?
Batman : I'm rich

Superman : How did you get the house from the bank?
Batman : I bought the bank. All of it.

Moral of the story

Tak perlu kuasa sehebat Superman
Tak perlu kuasa selaju cahaya seperti Flash
Untuk menjadi Hero, jadilah kaya seperti Batman

Cukup dengan ada duit dah boleh jadi Hero
Sedekah, Zakat, Infaq di Jalan Allah
Jadilah anda seorang Hero di kalangan masyarakat
Kaya harta
Kaya jiwa

Elakkan jadi orang kaya seperti Lex Luthor
Kaya tapi kejam
Kaya tapi tak berperasaan
Rasuah, politik wang jadi mainan
Pengakhirannya di tirai besi
Dilaknat Tuhan

Jadilah Hero yang mulia
Hero di kalangan makhluk dunia
Hero juga di kalangan makhluk langit
Bahagia di dunia
Bahagia di akhirat

 

p/s : Ironman tak termasuk dalam senarai.. DC Only. :-P

Topup Giveaway By Alkhudhri

Posted: 13 Nov 2017 05:30 PM PST

Topup Giveaway By Alkhudhri

TOPUP GIVEAWAY KEMBALI LAGI!

Syarat Syarat Penyertaan :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia SAHAJA.
  2. Klik Link ni --> https://www.facebook.com/alkhudhri/posts/1484678438236144
  3. Hanya Like Post tersebut dan taip Done di bahagian komen untuk melayakkan anda mendapat 1 penyertaan TOPUP GIVEAWAY ni. Nama anda akan disenaraikan di dalam senarai undian.
  4. Tarikh dibuka sekarang sehingga 23 November 2017 11:59PM.
  5. Undian akan dibuat pada 24 November 2017 dan pemenang akan dimaklumkan.
  6. Seorang Pemenang untuk Satu Hadiah.

Tambahan Syarat (Tidak Wajib) :

Untuk mendapatkan lebih penyertaan (Nama anda akan disenarai lebih daripada 1 dalam senarai undian), anda boleh ikuti langkah berikut :

  1. Like FB Page @Alkhudhri (+1 Penyertaan)
  2. Follow instagram @Alkhudhrinet (+1 Penyertaan)
  3. Buat satu entri bertajuk "TOPUP GIVEAWAY By Alkhudhri" dan tinggalkan link anda di kotak ruangan komen dalam entri ini sahaja (+2 Penyertaan)

Senarai Hadiah :

  • Topup RM30 x 2 Orang
  • Topup RM10 x 4 Orang

Tarikh Penyertaan :

Sekarang Sehingga 23 November 2017 11:59PM

Jemput join dan selamat berjaya! :-)

Fanpage Superstar

Posted: 14 Oct 2017 07:39 AM PDT

Fanpage Superstar

Khas untuk anda yang mahu berniaga di Facebook!

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH MELONJAKKAN JUALAN PRODUK ANDA DI FACEBOOK FANPAGE, DENGAN HANYA 8 LANGKAH!

Rahsia Tingkatkan Likes & Tingkatkan Jualan di Facebook Fanpage!.

Pada tahun 2017, sudah terdapat hampir 2 billion manusia di seluruh dunia yang menggunakan facebook! Manakala pengguna facebook di Malaysia pula, ianya kini sudah mencecah lebih dari 20 juta pengguna! Di mana, sebilangan besar penggunanya ialah mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun.

Golongan ini adalah merupakan golongan yang mempunyai kuasa membeli yang sangat kuat! Mereka kebanyakkan sudah bekerja dan sudah mempunyai wang & akaun bank sendiri untuk berbelanja.

Jadi, adalah amat rugi jika anda tidak memasarkan produk anda menggunakan facebook!

POTENSI BESAR... TETAPI...

Walaupun di facebook terdapat pengguna yang sangat besar yang boleh anda sasarkan untuk menjual produk anda. Namun, secara realitinya, ramai yang masih gagal untuk memanfaatkan peluang tersebut. Ramai yang masih terpinga-pinga dan keliru tentang cara menggunakan facebook fanpage dengan berkesan untuk melonjakkan jualan mereka.

Antara masalah-masalah yang sering dihadapi adalah seperti..

  • TAK TAHU nak bina fanpage yang terbaik dan kelihatan profesional
  • TAK TAHU nak kumpul dan naikkan jumlah like agar fanpage nampak berkredibiliti
  • TAK TAHU nak buat post yang dapat menarik minat orang untuk membeli!
  • TAK TAHU cara buat iklan yang betul untuk mendapatan jualan dengan pantas!
  • TAK TAHU cara nak berinteraksi dan close sale dengan mudah apabila sudah ada prospek yang berminat dengan produk yang dijual!

Berikut adalah 8 langkah yang telah saya susun untuk melonjakkan jualan produk menggunakan facebook fanpage!

LANGKAH 1 : PRODUK - NAK JUAL APA?

LANGKAH 2 : PELANGGAN - NAK JUAL KEPADA SIAPA?

LANGKAH 3 : CARA BINA FANPAGE!

LANGKAH 4 : JANA LIKES

LANGKAH 5 : POST & ENGAGEMENT!

LANGKAH 6 : XXXXXX XXXXXX (Langkah Rahsia. Naikkan Like antara 10-100X ganda dari jumlah like sedia ada)

LANGKAH 7 : IKLAN & LETUP!

LANGKAH 8 : CONTACT, CLOSE & SHIP!

 

Itulah 8 langkah yang saya lakukan di dalam melonjakkan jualan saya dengan menggunakan facebook fanpage. Kesemua 8 langkah tersebut telah saya tuliskan secara terperinci dan jadikan ia sebuah ebook yang lengkap dengan harga RM50 SAHAJA.

tempah

 

OPSS!... SEKEJAP! SAYA ADA 3 BONUS EKSKLUSIF NAK BERI!

Jika anda lakukan tempahan sekarang, saya akan berikan anda 3 ebook tambahan secara PERCUMA! Ianya akan membantu anda faham lebih mendalam tentang strategi pemasaran di facebook. Berikut adalah bonus-bonus yang akan diberikan secara PERCUMA kepada anda ...

  • BONUS #1 - TEKNIK CLOSE SALE PANTAS DENGAN WHATSAPP

  • BONUS #2 - CUSTOMER AVATAR - TEKNIK HEADSHOT PELANGGAN

  • BONUS #3 - KAJIAN KES - RM0.03 PER LIKES!

 

Penulis :

Nigel Ong

Dunia Dikejar, Akhirat Dicari – 3 Cara Korang Boleh Buat Untuk Topup Saham Akhirat

Posted: 11 Oct 2017 07:06 PM PDT

Dunia Dikejar, Akhirat Dicari – 3 Cara Korang Boleh Buat Untuk Topup Saham Akhirat

Baru balik kerja? Sibuk kan nak cari duit untuk bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi? Ye la, saham dunia kena cari, bukan jatuh dari langit! Tapi, saham akhirat macam mana pulak? Dengan solat, sedekah, zakat, puasa semua tu korang yakin cukup ke pahala nak di bawa ke akhirat nanti?

Haa, kali ni admin nak share perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk dapat pahala 'extra' di akhirat kelak. Senang je untuk korang semua amalkan!

1. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat

Jika kita menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, ilmu itu berguna kepada mereka dan jika mereka mengamalkan ilmu tu, kita akan dapat pahala sehingga kita mati. Senang je tau nak collect pahala ni sebenarnya. Yang penting kena ikhlas dengan semua perkara yang dilakukan termasuklah menuntut dan tidak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Saling tolong-menolong itu kan bagus!

2. Anak soleh dan solehah

Bila kita ada anak yang soleh dan solehah, insya-Allah anak-anak kita akan sentiasa mendoakan kita dan menjaga silaturahim dengan keluarga. Perkara ini juga adalah salah satu kunci untuk mendapatkan pahala dan saham extra untuk di bawa ke akhirat kelak tau. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin, insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah nanti!

3. Bersedekah – tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Antara sedekah yang korang boleh mula buat hari ini adalah sedekah senyuman, menyelesaikan masalah orang lain, membuang atau mengalihkan sesuatu yang telah menghalang laluan dan sebagainya. Sebab sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.

Oh ya, sedekah jariah pula dapat memberi pahala berterusan walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, contohnya amalan BERWAKAF.