Kenali Jajahan Kota Bharu |
Posted: 13 Feb 2019 05:48 PM PST Jajahan Kota Bharu terletak di utara Kelantan, Malaysia. Jajahan Kota Bharu dikelilingi oleh enam jajahan lain iaitu Jajahan Bachok, Jajahan Pasir Puteh, Jajahan Machang, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Pasir Mas dan Jajahan Tumpat. Jajahan Kota Bharu terbahagi pula kepada 15 daerah iaitu :
Mengikut sejarah, Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana. Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar dan bandar tertua di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010). Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai "Kota Budaya" oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam". Kota Bharu juga merupakan tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua. Antara pusat membeli-belah yang ada di Kota Bharu adalah :
Antara keistimewaan dan tempat menarik untuk dilawati di Kota Bharu :
|
Sayangi Suami Anda Selagi Dia Masih Ada Posted: 12 Feb 2019 11:22 PM PST Di sebuah kedai sukan seorang isteri bertengkar dgn suaminya & menyuruh suaminya masuk ke dlm kedai sukan sementara dia duduk di bangku tidak ikut sama. Ia diperhatikan oleh seorang makcik yang berumur dalam 60-an. Makcik itu hampiri wanita tersebut lalu bertanya : "Apa masalah ni nak marah-marah pada suami, maaf makcik bertanya".
Isteri itu menjawab : "Takde apa makcik. Suami saya ni ajak masuk dalam kedai kasut ikut dia cari-cari barang. Saya malas la makcik letih & bosan dengan perangai orang lelaki ni".
Makcik tu tersenyum sambil berkata : "Nak makcik dulu dengan suami makcik pergi ke mana-mana berdua. Tapi suami makcik baru 5 bulan meninggal.. Kami lebih kurang sebaya. Kami polis. Bila bersara, kami sama-sama ke Mekah. Kami tinggal berdua di rumah sebab anak-anak kami 8 orang semuanya dah kahwin dan tinggal di rumah masing-masing2..." "Suami makcik malangnya mengidap kencing manis dan darah tinggi. Tiap-tiap hari kena makan ubat. Dia selalu tak berapa cergas dan makcik la yang menjaganya. Kini dia telah tiada dan makcik rasa amat keseorangan. Siang rasa terlalu panjang dan malam terlalu sunyi" "Tiap-tiap satu benda kepunyaan arwah mengingatkan makcik padanya. Sebak dan sedih melihat ubat-ubat yang masih belum dimakannya. Ada nombor hp dia tapi makcik tau dia tak akan jawab panggilan dan mesej whatsapp kepadanya pun dia tak akan baca..." "Dulu makcik tidur dikatil di sebelah bahagian sebab dia ada di sebelah. Tapi sekarang makcik tidur sorang-sorang di tengah-tengah katil. Bila ke dapur sekarang makcik sorang-sorang buat sarapan. Tiada lagi kami ke surau bersama. Bayangkan nak.. kami punyai sorang satu kereta tapi sekarang kereta dia kaku tak bergerak cuma sesekali makcik pandu" "Oleh itu nak, sementara suami anak masih ada.. hargai lah dia dan sayangi lah dia. Kita hidup sementara di dunia ini. Makcik hari-hari ke pusaranya dan makcik selalu berkata di pusaranya... 'kau pegi la dulu, sayang akan ikut kemudian...' " "Maaf makcik hanya berkongsi dan makcik balik dulu..."
Si isteri terpegun dan terus bangun masuk ke kedai kasut mencari suaminya.
Moral of the story : Sayangi suami anda.Share cerita ini kepada kepada isteri anda dengan mesej "Sayangilah suami anda sebelum wanita lain mengintai dan mengambil suami anda" :-D |
Posted: 10 Feb 2019 06:35 AM PST Kelantan Darul Naim atau Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Narathiwat, Thailand. Kelantan merupakan sebuah negeri pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Berdasarkan pada Bancian Tahun 2017, Kelantan mempunyai seramai 1,829,000 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 96.0%, diikuti dengan kaum Cina 3.1%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.6%. Kelantan Darul Naim terdiri daripada 11 jajahan iaitu :
Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Kebiasaannya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Antara tarikan utama di negeri Kelantan adalah :
Rujukan : |
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |