Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Tuesday, December 21, 2010

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)



Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan bertaraf TETAP seperti tersenarai. Pemohon boleh mengisi secara online bermula 19 Disember 2010 (Ahad)

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK

PUSTAKAWAN S52
KURATOR S48
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48
PEGAWAI TADBIR N48
PEGAWAI PERGIGIAN U48
PEGAWAI PERGIGIAN U44
PEGAWAI PERUBATAN UD43
PEGAWAI KESELAMATAN KP44
PEGAWAI KESELAMATAN KP41
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
AHLI FOTOGRAFI B17

SYARAT - SYARAT LANTIKAN


PANDUAN PERMOHONAN

  1. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online. SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGISI SECARA ONLINE.
  2. Pastikan anda memperolehi, mencatatkan dan menyimpan nombor ID yang merupakan nombor rujukan permohonan anda.
  3. Pastikan semua butiran maklumat telah lengkap diisi sebelum menekan butang ’apply’.
  4. Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan Curriculum Vitae/Resume (CV) pada kertas A4 dan seterusnya mengambil tindakan berikut:
    • Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.
    • Melampirkan salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan dengan kemas dan tersusun.
    • Pemohon yang merupakan kakitangan UPSI, diminta menghantar dokumen permohonan beserta sekeping surat iringan yang dialamatkan kepada Pendaftar UPSI
    • Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu melampirkan perakuan permohonan daripada Ketua Jabatan beserta salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.
  5. Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat
         UNIT PERJAWATAN
         BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
         JABATAN PENDAFTAR
         Tingkat 1, Bangunan Canselori
         UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
         35900 Tanjong Malim, Perak

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 / 6338 / 6339 / 6340 atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Januari 2011 (Isnin)