Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Pasir Mas sebagaimana di bawah. Keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Kelantan, Darul Naim.
Jawatan : Penolong Jurutera (J29)
Syarat lantikan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian atinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh kerajaan.
Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N17)
Syarat lantikan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh kerajaan. Dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer
Cara Memohon
- Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM2.00
- Semua permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan atas sampul Surat sebelah kiri.
- Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :-
Yang DiPertua
Majlis Daerah Pasir Mas
17000 Pasir Mas
Kelantan
- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir, salinan sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang disahkan.
Tarikh Tutup Permohonan : 7 Januari 2011