Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Friday, February 25, 2011

Nasihat Untuk Wanita

  • Untuk membentuk bibir yang menawan, ucaplah kata-kata kebaikan.
  • Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  • Untuk mendapatkan susuk tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
  • Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni. Jadi, jangan pernah ketepikan seseorang dari hati anda.
  • Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan menghulur.
  • Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri kerana telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  • Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya atau cara dia menyisir rambutnya.
  • Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia kerana di mata lah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  • Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.