Ketika Sel Tubuh Berbicara |
Posted: 28 Mar 2013 09:03 AM PDT Kelak anggota tubuh kita akan memberikan kesaksian atas perbuatannya selama berada di dunia. Tangan, kaki dan anggota badan lain akan berbicara sehingga mulut tidak dapat membantah dan berbohong. Hakim yang kita hadapi kelak bukanlah hakim yang dapat disuap dengan wang sebagaimana yang terjadi di dunia. Tiada yang mampu menolong diri kita kecuali rakaman iman dan amal kebajikan kita sendiri.
Sebagaimana firman ALLAH :
Ketika eksperimen pembedahan otak, dimana yang berkenaan tetap sedar, ternyata ketika dirangsang sel-sel saraf tertentu, mampu menceritakan berbagai pengalaman sewaktu kecil. Eksperimen ini mengukuhkan teori bahawa semua yang pernah kita ketahui dan fikirkan terakam dalam rangkaian saraf otak. Jadi, apa yang dikatakan Al-Quran tadi semakin diperkuatkan oleh eksperimen saintifik. Teori bahawa tubuh merakam dapat kita lihat dalam kehidupan kita sehari-hari. Seseorang yang selalu solat tepat pada waktunya, maka ketika berkumandang azan, tubuh seperti mempunyai biological clock untuk segera menunaikan ibadah Solat, walaupun dalam keadaan sakit sekalipun. Contoh lain boleh kita lihat daripada pengalaman pemandu bas ekspress. Mereka dengan mudahnya melalui jalan-jalan berliku, seolah-olah mereka menghafal betul bila dan di mana harus membelok. Bahkan menurut para saintis, ada lebih 70 kes yang dilaporkan daripada pesakit tranplant yang meniru sebahagian keperibadian penderma organ mereka. Seluruh sel tubuh kita ibarat hard disk yang merakam dengan baik semua ucapan, fikiran, perbuatan kita. Memori ini sudah direkod di sana dan sedia dipanggil pada bila-bila masa saja. Meskipun terpadam, mudah saja bagi pakar komputer untuk mengesan bekas-bekas data yang sudah ada dalam hard disk dengan kaedah dan bahasa tertentu. Oleh kerana sel tubuh kita ini mampu merakam apapun yang kita lakukan, maka, sangat logik untuk membayangkan anggota tubuh kita dengan mudah saja menjadi saksi tentang segala perbuatan yang pernah kita lakukan nanti di hadapan Allah SWT. Oleh kerana itu, marilah kita membiasakan diri untuk melafazkan kata-kata yang baik, selalu berzikir dan mengingati Allah, membiasakan diri mengerjakan solat, berpuasa dan bersedekah, serta berbuat baik kepada sesama makhluk, sebab semua itu akan dirakam dalam memori kita sepanjang hayat, baik ketika hidup di dunia, menjelang sakaratul maut atau selepas ajal kita.
Husnul khotimah (penghujung yang baik) di saat kematian kita itu tidak boleh diraih dengan tiba-tiba. Ia tak boleh dipaksa dan dibimbing oleh orang lain dengan mudah kerana diri kitalah yang menentukan sama ada kita sanggup mendapatkan pengakhiran yang baik atau tidak. |
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |