Mohon Sumbangan Kak Na MRSMQBER |
Mohon Sumbangan Kak Na MRSMQBER Posted: 05 Oct 2017 04:22 AM PDT Assalamualaikum #Qberian dan semua Sahabat FB. Lewat petang semalam saya telah pun melawat Kak Na (Rohana binti Mohd Nor) Koop/Dobi MRSM Kuala Berang. Solat hajat dan doa selamat telah diadakan di Surau An-Nur, Kg. Pauh semalam. Malam ini insyaAllah akan dibuat di Masjid Kg. Pauh. Kak Na sedang diuji Allah dengan penyakit Kanser Payudara dan dijadualkan menjalani pembedahan masektomi pada Rabu, 11 Oktober ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Admit pada 10 Oktober. Saya tak sampai hati nak tanya stage berapa. Cuma yang boleh saya khabarkan di sini, sebelah kiri mengeras keseluruhan. Sebelah kanan juga ada ketulan. Sakitnya melarat ke tulang pinggul dan kaki. Berat badan turun. Kak Na guna bantuan walker untuk bergerak untuk ke tandas. Selebihnya berbaring. Buat pengetahuan sahabat-sahabat, Kak Na telah berhenti kerja bulan Ogos lepas kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Selama ini hujan atau panas, jam 1 tengahari Kak Na pasti pulang ke rumah untuk sediakan makan tengahari Mak yang uzur dan hilang penglihatan. Sesiapa saja alumni #Qber pasti ada sikit sebanyak kenangan bersama Kak Na yang sangat baik melayan, berkongsi makanan, malah ada yang menganggap Kak Na sebagai mak angkat. Prihatinnya Kak Na kepada pelajar, sehinggakan ketika bertugas di dewan makan Kak Na tahu siapa yang suka kepak ayam, siapa suka peha, bahagian tulang belakang. Pendek kata Kak Na tahu kegemaran masing-masing.
Dengan kalimah BismiLlah, saya buka kutipan amal ini untuk kita sama-sama hulurkan sedikit sumbangan bagi membantu kos langsung / tak langsung sepanjang rawatan dan sara hidup Kak Na. Segala bentuk sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut: ANISAH BINTI MOHD NOR (adik Kak Na) |
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |