Panduan Lengkap Solat Dhuha |
Posted: 07 Oct 2017 05:33 PM PDT Solat sunat dhuha adalah salah satu daripada amalan solat-solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan. Ianya dipanggil solat dhuha kerana waktu untuk melakukan solat ini dikhususkan untuk dikerjakan pada waktu dhuha sahaja. Daripada Abu Dzar R.A., Rasulullah SAW bersabda:
Waktu Solat DhuhaPengiraan waktu dhuha mengikut kaedah astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah 1/3 perbezaan di antara waktu Syuruk dan waktu Subuh. Secara amnya, waktu dhuha akan bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan berakhir sejurus selepas masuknya waktu Zohor. Namun begitu, para ulama' mengatakan bahawa waktu yang terbaik untuk mengerjakan solat dhuha adalah di dalam lingkungan jam 9:30 pagi. Cara Solat Sunat DhuhaJumlah RakaatSolat sunat dhuha perlu dilakukan sebanyak 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan ianya boleh dilakukan sehingga 6 kali solat (jumlah 12 rakaat) setiap hari. Niat Solat DhuhaNiat solat dhuha adalah seperti berikut: Maksud: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta'ala. Bacaan Surah Di Dalam SolatTiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Namun begitu, pembacaan surah-surah tersebut amatlah digalakkan: Rakaat Pertama | Surah As-Shams Rakaat Kedua | Surah Dhuha Sekiranya anda ingin melakukan lebih daripada 2 rakaat, adalah disarankan untuk membaca Surah As-Shams & Surah Dhuha untuk 2 rakaat pertama, diikuti dengan Surah Al-Kafirun & Surah Al-Ikhlas untuk rakaat-rakaat seterusnya. Bacaan Lain Di Dalam Solat & Bacaan Ketika SujudBacaan-bacaan lain di dalam solat adalah sama seperti solat biasa. Namun begitu, sewaktu anda melakukan sujud terakhir, setelah selesai membacakan tasbih sujud biasa, sebelum duduk untuk tahiyat akhir, bacalah doa ini sebanyak 3 kali: Maksudnya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang maha memberi akan ilmu dan hikmah dan murahanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang maha pemberi rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.
Doa Selepas Solat Sunat DhuhaBerikut adalah bacaan doa selepas solat dhuha: Maksudnya: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Fadhilat Dan Kelebihan Solat DhuhaBanyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT. Antara fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha :
KesimpulanJusteru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini. SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Albakriah wordpress & Shafiqolbu |
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |