123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah! |
123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah! Posted: 03 Jan 2018 06:22 AM PST Duit Asyik Tak Cukup.... Atau Hanya Sekadar "Cukup-Cukup" Je Bila Sampai Hujung Bulan? Simpanan Pula Langsung Takde! Kepada para sahabat yang sedang pening mengatur kewangan Assalammualaikum & salam sejahtera! Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri... Saya Zahid... saya kini menetap di Gombak dan bekerja di sebuah agensi kerajaan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kehidupan di bandar sememangnya sangat mencabar. Lebih-lebih lagi bila cerita pasal bab kewangan. Dengan kos sara hidup yang tinggi.. ditambah pula dengan kos tol, parking serta harga minyak yang selalu meningkat saban minggu. Ianya memerlukan saya betul-betul mengatur kewangan dengan sebaik mungkin. Saya hanyalah pekerja biasa yang bergaji sekitar RM3,000 sahaja. Walaupun ianya nampak besar bagi sesetengah orang, tetapi, untuk kehidupan di bandar, pendapatan sebegitu adalah termasuk di dalam kategori miskin bandar. Isteri saya pula tidak bekerja, bagi saya, perihal beban kewangan, biarlah saya sebagai suami yang tanggung sepenuhnya, manakala isteri pula memberikan tumpuan sepenuhnya menjaga dan mendidik 2 orang cahaya mata kami. Apatah lagi akhlak sebahagian remaja di bandar sangat merisaukan jika terdedah tanpa pengawasan ibu bapa.
Setiap Bulan, Duit Asyik Tak Cukup! Walaupun saya telah sedaya upaya mengatur kewangan dengan sebaik mungkin, namun, boleh dikatakan, hampir setiap bulan... ada saja perkara-perkara yang diluar jangka berlaku! Kereta rosak, kena saman trafik, anak sakit, peti ais rosak, hal-hal kecemasan dan terpaksa pulang ke kampung, bos hantar kerja outstation (walaupun boleh claim, tapi terpaksa guna duit sendiri dahulu). Perkara-perkara sebegini menyebabkan peruntukkan perbelanjaan bulanan saya terganggu sehingga menyebabkan, saya terpaksa korek semula simpanan yang ada pada setiap bulan. Duit yang diperuntukkan untuk di simpan.. hanya dapat simpan sekejap sahaja, lepas tu, terpaksa keluarkan semula! Kalau tidak, dapur tak berasap dan anak tiada pampers dan susu!
Pernah Juga Cuba Buat Kerja & Bisnes Sambilan..... Pernah juga saya mencuba-cuba untuk buat bisnes online secara sambilan, cuba-cuba jual barang kat mudah.my... buat dropship sikit, affiliate sikit dan beberapa lagi... ada lah juga dapat hasil sikit... tapi tak banyak. Mungkin disebabkan komitmen yang diberikan tidak begitu banyak dan mantap!. Maklumlah, saya sering balik lewat, kadangkala, perlu outstation pula pada hari minggu atas urusan kerja. Jadi, masa yang ada untuk buat kerja-kerja lain agak terhad.
Terfikir Nak Pinjam Ah Long....! Pernah satu hari... wang di dalam dompet hanya tinggal RM30 sahaja dan gaji akan masuk 3 hari lagi. Saya betul-betul berharap, untuk tempoh 3 hari tersebut, tiada perkara-perkara yang di luar jangka akan berlaku. Bila difikir-fikirkan, hampir begitulah kehidupan saya setiap bulan... asal tiba sahaja hujung bulan, duit dalam dompet sekadar cukup-cukup sahaja! Jika ada berlaku hal-hal kecemasan yang melibatkan wang! Nak tak nak, saya terpaksa keluarkan semula duit dari tabung haji ataupun pinjam duit dari kawan-kawan. Pernah juga terlintas di fikiran saya untuk pinjam duit dari Ah Long.... tapi Alhamdulillah, saya belum sampai ke tahap sebegitu lagi.
Rasa Bengang & Nak Marah...! Bila lihat harga minyak naik! Harga tol naik! Harga gula naik! Harga minyak masak pun naik! Saya rasa macam nak marah sangat...! Tapi tidak tahu nak marah kepada siapa! Nak marah bangla yang jaga pam kat stesyen minyak? Bukan dia yang tentukan harga minyak! Nak marah awek yang jaga tol? Dia cuma kerja je.. tol tu bukan dia yang punya! Nak marah cashier kat kedai runcit sebab gula & minyak naik harga? Mereka pun hanya bekerja kat situ je, bukannya mereka yang kawal harga minyak dan gula! Jadi... nak marah siapa?.....
Lama Saya Termenung... Bila difikir-fikirkan semula... memang saya tak boleh nak marah siapa-siapa! Satu-satunya orang yang boleh saya marahkan.. ialah diri saya sendiri! Semuanya salah saya sendiri.... saya yang tak kerja & cari pendapatan sungguh-sungguh! saya yang tak simpan duit! Saya yang tak kawal perbelanjaan saya betul-betul! Sememangnya.. apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita, seperti... harga minyak naik! harga tol naik! harga barang naik!.... Semuanya adalah di luar kawalan kita! Kita tidak boleh nak kawal perkara tersebut! Satu-satunya benda yang boleh kita kawal... adalah diri kita sendiri! Bagaimana kita mengurus dan mengeluarkan setiap helai duit di dalam dompet kita.. itulah perkara yang boleh kita kawal!
Mula Ubah Cara Hidup! Disebabkan itu... maka, saya mengambil keputusan untuk mula mengubah cara hidup saya dengan lebih berjimat cermat. Saya mula membaca pelbagai artikel, buku serta majalah berkaitan pengurusan kewangan. Malah, saya juga banyak berbual dan menerima banyak tips-tips yang praktikal dari kawan-kawan serta jiran-jiran tentang hidup berjimat cermat. Banyak tips-tips yang saya perolehi itu, saya amalkan! Alhamdulillah.. ianya menjadi dan memberikan hasil yang positif! Setelah beberapa bulan saya amalkan tips-tips berjimat cermat yang saya perolehi dari pelbagai sumber tersebut! Saya mula dapat mengekalkan wang yang di simpan! (tidak lagi perlu korek semula) Malah, apabila tiba hujung bulan, iaitu sebelum hari gaji! Saya masih lagi ada mempunyai wang di dalam dompet!
Hidup Lebih Tenang! Saya kini rasa lebih tenang! Tidak lagi rasa tension dan nak marah-marah bila lihat harga minyak naik setiap minggu! Bila nak balik kampung juga, saya sudah tidak rasa begitu tertekan seperti sebelum ini yang mana, apabila setiap kali mahu pulang ke kampung, mata asyik terbayang-bayang duit melayang sebab nak bayar kos minyak dan tol! Duit simpanan di dalam bank juga semakin bertambah, walaupun pertambahan itu sedikit, namun ianya konsisten dan tidak lagi seperti sebelum ini yang asyik "masuk-keluar-masuk-keluar" sahaja.
Saya Terfikir... Apabila saya mula nampak perubahan yang positif di dalam hidup saya! Saya terfikir... alangkah baiknya jika saya dapat kongsikan ilmu tentang berjmat-cermat ini dengan orang lain! Saya pasti, ramai yang mengalami masalah yang sama seperti mana yang pernah saya alami! Akhirnya... timbul di fikiran saya untuk menulis dan mencatatkan semua ilmu, tips serta pengalaman saya tentang hidup berjimat-cermat ini menjadi sebuah ebook! Saya percaya, tips-tips yang saya tuliskan di dalam ebook ini, serba sedikit akan dapat membantu dan mengubah kedudukan kewangan orang lain yang membacanya. Maka.. dengan itu... terhasillah sebuah ebook... 123 Tips Mudah Berjimat Cermat Yang Mampu Membantu Anda Dalam Mengawal Kewangan Anda Dengan Lebih Berkesan!
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
E-book "123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT" ini adalah panduan yang sangat sempoi dan mudah dipraktikkan. Ianya sarat dengan info berguna.Saya menulis ebook ini dengan ayat-ayat yang mudah supaya anda boleh melakukannya pada diri, keluarga dan persekitaran. Antara Strategi mudah jimat cermat yang terdapat di dalam ebook tips panduan ini
Kenapa Anda Mesti Mendapatkan Ebook Ini? Ebook ini paling lengkap merangkumi 14 strategi utama yang menyentuh setiap aspek keadaan seluruh kehidupan dan aktiviti kita. Terdapat 123 tips mudah yang praktikal dan sesuai diamalkan majoriti rakyat Malaysia. Ebook tips mudah berjimat cermat ini sarat dengan info, tips dan strategi dirangka daripada pengalaman, perkongsian dan kajian holistik merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. E-book ini adalah wajib dimiliki bagi anda yang mahu hidup lebih tenang, selesai hutang, mengelakkan pembaziran dan mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat fizikal dan mental, tidak kira sama ada anda masih bujang apatah lagi sudah berkeluarga.
E-book ini memang berbeza. Setiap tips, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan dalam setiap bab digarap secara terperinci untuk memastikan setiap tips adalah mudah dan praktikal untuk dilakukan. Adakalanya anda rasa perkara yang dinyatakan itu macam perkara biasa sahaja. Tetapi, rupa-rupanya perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang dalam mengurus dan mengawal perbelanjaan dengan lebih berkesan. Malah ianya berbaloi untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga anda. Tip-tip dalam e-book ini adalah satu tindakan yang bijak dan mendorong anda agar lebih menghagai setiap masa, tenaga dan wang ringgit yang dibelanjajan serta lebih kreatif untuk menjalani kehidupan secara sederhana dan teratur.
Berapa Harga Untuk Mendapatkan Ebook Ini? Jika anda mendapatkan ebook ini hari ini! Harga pengenalan untuk 100 orang pertama yang mendapatkan ebook ini hanyalah RM27 sahaja! Ya! Hanya RM27 sahaja untuk 123 Tips Jimat Cermat! Ianya adalah hanya berharga 22 sen sahaja bagi setiap tips! Sedangkan setiap tips yang terdapat di dalam ebook ini, jika anda berjaya amalkan, ianya akan mampu menyelamatkan wang anda antara RM10 hingga RM100 ringgit setiap bulan! Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Opss! Nanti Dulu! Saya Ada 3 Ebook Bonus Terbaik Jika Anda Dapatkan Ebook "123 Tips Jimat" Sekarang! Ada 3 buah ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda jika anda membuat tempahan hari ini! Ketiga-tiga ebook bonus tersebut akan melengkapkan lagi strategi penjimatan dan penyimpanan wang anda agar menjadi lebih mudah! Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!
BONUS #1 : 9 IDEA JANA WANG TANPA MODAL Di dalam situasi sekarang, yang mana peruntukan wang menjadi begitu terhad. Maka disini, saya berikan anda idea, bukan 1 atau 2.. tetapi 9 idea yang boleh anda lakukan untuk menjana wang tambahan bagi pendapatan anda. Apa yang lebih menarik, 9 idea yang saya kongsikan di dalam ebook ini, tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal berbentuk wang. Anda boleh lakukannya tanpa mengeluarkan sebarang kos. Apa yang diperlukan, hanyalah sedikit masa dan usaha! Antara cara yang paling pantas untuk menjana wang tambahan, adalah dengan menjual kemahiran yang sudah kita miliki. Kemahiran itu pula, selalunya ada pada hobi yang sering kita lakukan dan minat. Jadi, di dalam ebook ini, saya tunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan duit sampingan dari 10 jenis hobi, yang mana, mungkin salah satu daripadanya memang merupakan hobi yang sering anda lakukan. BONUS #3 : 11 TEKNIK MUDAH JEMPUT REZEKI Jika kita sering merasakan duit sentiasa tidak cukup,hutang pula semakin bertambah. Mungkin kita perlu lihat juga dari aspek rohani. Mungkin ada amalan-amala yang kita lakukan selama ini tidak begitu sempurna yang mana, ianya mungkin menjadi penyebab rezeki itu terhalang untuk sampai kepada kita. Oleh itu, di dalam ebook ini, saya kongsikan amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki dan sekaligus, menjemput rezeki datang menderu-deru kepada anda tanpa anda sangka-sangka. Sememangnya ini adalah satu tawaran yang tidak boleh anda lepaskan!
P/s :- Usah ambil masa terlalu lama untuk bertindak! Anggap sahaja pelaburan ilmu sebanyak RM27 ini adalah merupakan titik permulaan untuk anda memulakan gaya hidup baru dengan kedudukan kewangan yang lebih selesa dan menenangkan! P/p/s:- Di dalam ebook ini ada disenaraikan 123 Tips, namun begitu, ianya bukanlah bermakna anda perlu melakukan semua tips tersebut untuk membolehkan anda berjimat dan menyimpan sehingga RM1,000 sebulan. Anda hanya perlu melakukan sebahagian sahaja, mungkin 10-20 tips sahaja sudah memadai mengikut keselesaan anda! Sekian. Zahid Zainal |
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |