Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Tuesday, July 10, 2018

Tips-Tips Nak Beli Rumah Untuk First Timer

Tips-Tips Nak Beli Rumah Untuk First Timer


Tips-Tips Nak Beli Rumah Untuk First Timer

Posted: 09 Jul 2018 05:27 AM PDT

Tips-Tips Nak Beli Rumah Untuk First Timer

20180709 tips beli rumah

Orang tua-tua kata, masa muda lah masa untuk kita kumpul aset kita! Nanti dah tua boleh lah senang-lenang kan? Tapi, kebanyakkan orang muda buntu dan tidak tahu cara yang mana mereka perlu lakukan dahulu. Akhirnya, mereka ambil jalan untuk menyewa sahaja.

Jangan risau, kalau ini merupakan kali pertama anda membeli rumah, ikuti tips-tips yang di bawah ni.

 

SEMAK KREDIT SCORE

Bagi yang tak tahu, credit score ni sebenarnya skor CCRIS (Central Credit Reference Information System). Kalau anda pernah buat pinjaman atau ada kad kredit dan bayar mengikut masa yang ditetapkan, jadi jangan risau kerana anda mempunyai skor yang baik!

Kalau tak pernah buat apa-apa pinjaman pun, anda boleh cuba dahulu dengan bank skor anda.

 

NILAIKAN ASET DAN LIABITI YANG ANDA ADA!

Bila berbicara mengenai pembelian hartanah, faktor kewangan merupakan isu yang utama yang akan diutarakan. Sebelum membeli rumah anda hendaklah menilai kemampuan anda. Pastikan gaji bersih anda cukup supaya bila sudah membeli rumah nanti anda tidak kesempitan wang. Semak aset dan liabiliti yang anda ada untuk memastikan tiada sebarang isu untuk bank luluskan pinjaman anda. Pastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman dengan baik!

 

SEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG BERKAITAN

Antara dokumen-dokumen yang perlu ada ialah:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (2 Tahun)
  3. Surat Pengesahan Majikan (penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
  4. Slip Gaji (3 bulan atau 6 bulan)
  5. Penyata EPF (terkini)
  6. Penyata Bank (3 bulan – 6 bulan)
  7. Dokumen Sokongan:
    1. TH, ASB, Fixed Deposit
    2. Unit Amanah, simpanan, saham.
    3. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk perkiraan DSR.
    4. Sebarang dokumen yang boleh menampakkan yang anda mampu membayar ansuran bulanan.
    5. Laporan CCRIS

 

KAJI CARA YANG PALING TEPAT UNTUK ANDA BAYAR DOWNPAYMENT!

Ada pelbagai cara yang disyorkan oleh pakar-pakar hartanah mengikut jenis rumah dan dealer anda. Sama ada rumah dengan pemaju, rumah subsale/kedai, rumah, rumah lelong atau tanah lot. Tentukan jenis rumah yang dibeli dan cuba survey cara termudah untuk bayar downpayment. Bukan sahaja mudah tetapi untuk elakkan ditipu. Pastikan jangan bayar terlalu tinggi untuk downpayment dan pastikan ada perjanjian yang sah!

 

PERIKSA KAWASAN HARTANAH TERSEBUT

Kalau anda tengok di iklan-iklan rumah, maklumat yang diberikan sememangnya tip-top. Jangan terpedaya dan percaya 100%! Pergi dan periksa kawasan hartanah tersebut sebelum menghubungi dealer tersebut. Buat sedikit kajian mengenai kawasan rumah tersebut sama ada bersih, tahap keselamatan tinggi atau tidak dan adakah kawasan tersebut terlampau padat.