Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal |
Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal Posted: 06 Jul 2018 06:53 PM PDT Dalil Puasa Sunat Enam Syawal Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Di dalam hadis ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari di dalam bulan Syawal setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama' menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama': "Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangkan pada bulan lain, Allah swt dilupai".
Hukum Puasa Sunat Enam Syawal Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi RA: "Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi'e, Imam Ahmad, Daud dan ulama' yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal). Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan." [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal? Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari 'Idil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
|
Posted: 05 Jul 2018 08:02 PM PDT Imam As-Syafi'e berkata:
Semua ilmu, kecuali Al-Quran, hadis dan fiqah, menyibukkan manusia. Ilmu yang benar adalah yang jelas rawinya. Sebab kalau tidak, ilmu itu datangnya daripada syaitan. Kegilaanmu itu gila. Dan tiada doktor yang mampu mengubati kegilaan itu. Ku rendahkan diriku untuk mereka dan ku muliakan diri mereka. Diri yang tak kau rendahkan tidak akan mulia. |
Rasulullah SAW, Abu Bakar Dan Umar Yang Kelaparan Posted: 05 Jul 2018 07:38 AM PDT Pada suatu hari, ketika matahari sedang memancar dengan teriknya, Rasulullah SAW berjalan di luar kerana di rumah baginda tiada makanan. Tiba-tiba Rasulullah SAW melihat Abu Bakar As-Saddiq sedang berada di jalan itu. Rasulullah SAW bertanya kepadanya,
Abu Bakar menjawab,
Kemudian mereka berdua pergi berjumpa dengan Umar bin Khattab yang juga sedang berada di jalan. Rasulullah SAW lalu bertanya kepadanya,
Umar bin Khattab menjawab,
Tiba-tiba Abu Bakar dan Umar pula bertanya kepada baginda,
Rasulullah SAW menjawab,
Akhirnya ketiga-tiga mereka memutuskan untuk pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Ternyata di rumah itu mereka mendapat makanan dan minuman yang meringankan rasa lapar dan haus. Sesudah semuanya selesai, Rasulullah meletakkan gelas minumannya agak jauh dari mulutnya, seraya bersabda sambil mengamatinya yang bermaksud:
|
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |