Kifarah & Kaffarah |
Posted: 16 May 2013 06:36 PM PDT Saya rasa sudah pasti ramai yang pernah mengalami situasi ini. Setiap kali habis sesuatu majlis pasti pengerusi akan menyebut seperti ini, "Kita sudahi majlis ini dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr". Tahukah anda apa itu Tasbih Kifarah? Berikut adalah pengertian antara kifarah dan kaffarah. PENGERTIAN Kifarah bererti balasan Allah SWT ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT. Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya. So, jangan salah maksud antara keduanya... Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut: Subhanakallah humma wabihamdika asyhadu anla ilaha illa antastaghfiruka wa atubu ilaikl
Berkata (Rasulullah SAW): "Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis" Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
Baginda menjawab: "Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut". Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat. Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini: At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: "Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain" |
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |