Bagaimana Kanser Terjadi, Anda Mungkin Pengidapnya... |
Bagaimana Kanser Terjadi, Anda Mungkin Pengidapnya... Posted: 25 May 2013 11:22 PM PDT Kanser merupakan sekumpulan penyakit yang mempunyai kaitan dengan peranan sel. Sel-sel adalah unit-unit teramat kecil yang membina semua hidupan, termasuk tubuh manusia. Terdapat berbillion sel dalam tubuh setiap manusia. Kanser berlaku apabila sel-sel yang tidak normal berkembang dan merebak dengan cepat. Sel-sel normal dalam tubuh membiak dan membahagi dan mengetahui bila perlu berhenti membiak. Lama kelamaan ia juga akan mati. Tidak seperti sel-sel normal, sel-sel kanser terus membiak dan membahagi hingga tidak terkawal dan tidak mati. Sel-sel kanser biasanya berkumpul atau berkelompok lalu membentuk tumor. Tumor yang sedang berkembang menjadi benjolan sel-sel kanser yang boleh memusnahkan sel-sel normal disekitar tumor dan memusnahkan tisu-tisu tubuh yang sihat.Ini membuatkan seseorang itu jatuh sakit. Kadang kala sel-sel kanser memecah daripada tumor asal dan bergerak ke bahagian lain tubuh, di mana ia terus membiak dan membentuk tumor baru. Beginilah caranya kanser merebak. Perebakan tumor ke tempat baru dalam tubuh dikenali sebagai metastasis. Sel KANSER dalam tubuh anda? Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Ianya hanya akan dikesan apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan. Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah pencegahan:
Pantang larang pesakit kanser Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega dan lain-lain Seafood : seperti Gamat, Ketam, Sotong dan Udang (makan ini dapat menyubur kan sel kanser terutama gamat ) Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat ( Ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak) Makanan seperti Daging merah wajib di elakan terutama Daging Lembu, Kambing, Unta , Rusa dan Khinzir. Sayur dan Buah-buahan "bergetah dan berangin" seperti Nangka, Cempedak, Sukun dan kundur ( Menyebabkan Kesakitan dan berdenyut ). Jangan memakan sebarang jenis Ikan yang mempunyai sisik yang banyak, seperti Ikan haruan, Ikan Merah, Ikan Gelama, dan sebarang jenis ikan yang bersisik. Contoh Ikan yang tidak bersisik yang boleh di makan, seperti Ikan tongkol, Ikan Yu, Ikan Salomon, Ikan kembung, Ikan Keli, Ikan patin dan Lain-lain ( Ikan yang tidak mempunyai sisik dan berada di laut yang dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega merupakan makanan anti kanser) Makanan segera dan sebarang produk dalam tin : Seperti Ikan sardin, buah laici dan jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mangandungi bahan pengawit. Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakan untuk dimakan Begitu juga makanan yang di panggang dan di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang dan lain-lain harus di elakan keranan makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi. |
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |