Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Thursday, January 22, 2015

Kenali Nabi Muhammad SAW

Kenali Nabi Muhammad SAW


Kenali Nabi Muhammad SAW

Posted: 21 Jan 2015 12:32 AM PST

Nama :

Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab

Nama-nama lain :

  • Ahmad
  • Al-Mahi
  • Al-Hasyir
  • Al-A'qib
  • Al-Mutawakkil

Nama-nama Gelaran :

  • Abu Qasim
  • Al-Amin

Bangsa :

  • Arab Quraisy

Agama :

  • Islam

Tarikh Lahir :

  • Hari Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu'l Awal ) Bersamaan 20 April 571 Masihi

Bidan Nabi :

  • Ummu Mas'ud

Tempat Lahir :

  • Di Syua'ib Bani Hashim di Makkah

Bilangan Adik-beradik :

  • Anak tunggal [ anak yatim ]

Nama Ibu :

  • Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab

Nama Ibu Susuan :

  • Thuwaibah [ hamba Abu lahab ]
  • Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa'diah

Nama-nama Pengasuh :

  • Aminah
  • Thuwaibah
  • Halimatun as-Sa'diyah
  • Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW

Nama-nama Isteri :

  • Khadijah bt. Khuwailid
  • Saudah
  • A'isyah bt. Abu bakar
  • Hafsah bt. Umar
  • Zainab bt. Khuzaimah
  • Hindun bt. Abi Umaiyah
  • Zainab bt. Jahsyi
  • Juwairiah bt. Al-Haris
  • Ramlah bt. Abi Sufian
  • Sufiah bt. Huyi
  • Maimunah bt. Al-Haris

Nama-nama Anak :

  • Qasim
  • Abdullah
  • Ibrahim
  • Fatimah
  • Zainab
  • Ummu Kalsum
  • Ruqayyah

Nama-nama Bapa Saudara :

  • Hamzah
  • Al-Abbas
  • Abu Talib
  • Abu Lahab
  • Az-Zubir
  • Abdul Ka'bah
  • Al-Muqawim
  • Dhirar
  • Qusam
  • Al-Mughirah
  • Al-Ghaidak

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :

  • Sufiah
  • A'tikah
  • Barrah
  • Urwa
  • Umaimah
  • Ummu Hakim Al-Baidha'

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :

  • Hamzah
  • Al-A'bbas
  • Sufiah
  • Urwa

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :

  • Mariah al-Qibtiah
  • Raihanah

Nama-nama Hamba Lelaki :

  • Aslam
  • Abu Rafi'
  • Sauban
  • Abu Kabsyah Sulaim
  • Syurqan
  • Yasar Nubi

Nama Anak Angkat :

  • Zaid bin Harithah bin Syarahil

Nama-nama Khadam :

  • Anas bin Malik
  • Abdullah bin Mas'ud
  • 'Uqbah bin 'Amir
  • Asla' bin Syarik
  • Bilal bin Rabah
  • Abu Zar al-Ghiffari

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :

  • Abu Bakar
  • Umar
  • Uthman
  • Ali
  • Zubir
  • Amir
  • Amru Al-'As
  • Zaib bin Thabit
  • Muawiyyah
  • Ubai bin Kaa'b
  • Abdullah bin Rawa

Setiausaha Sulit :

  • Huzaifah b. Yaman

Sifat Fizikal :

  • Badan tinggi sedang
  • Rambut ikal mayang
  • Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap
  • Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu
  • Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :

  • Siddiq [ benar ]
  • Amanah [ jujur]
  • Tabligh [ menyampaikan ]
  • Fatanah [ bijkasana ]

Sifat-sifat Yang Mustahil:

  • Kazib [ dusta ]
  • Khianah [ pecah amanah]
  • Kitman [ menyembunyikan ]
  • Baladah [ bodoh]

Sifat-sifat Yang Harus :

  • Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :

  • Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ]

Pekerjaan :

  • Gembala Kambing
  • Berniaga

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul

  • Umur 40 tahun di Gua Hira'

Guru Pertama :

  • Malaikat Jibril 'Alaihi Salam

Tugas Utama :

  • Menyeru manusia menyembah Allah SWT

Jawatan Yang Diamanahkan :

  • Menjadi Nabi
  • Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin
  • Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah

Keistimewaan :

  • Sebaik-baik makhluk yang dicipta
  • Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur'an
  • Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ]
  • Manusia pertama masuk Syurga

Gelaran Dari Kalangan Nabi :

  • Ulul 'Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ]
  • صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :

  • Dibawa melancong dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj

Kenangan Pahit :

  • Diusir oleh penduduk Ta'if
  • Semasa peperangan Uhud

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu

  • Turunnya al-Quran Ayat Iqra' [1-5 ayat, di Gua Hira'] pada 12 Rabiu'l Awal

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :

  • Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa

Hijrah ke Madinah

  • Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :

  • Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq
  • Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ]
  • Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib
  • Hamba : Zaid bin Harithah

Sahabat-sahabat Kanan :

  • Abu bakar as-Siddiq
  • Umar al-Khattab
  • Uthman bin Affan
  • Ali bin Abu Talib

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :

  • Abu Bakar dan Umar [ mertua ]
  • Uthman dan Ali [ menantu ]

Berita Yang Mengembirakan :

  • Keislaman Umar bin al-Khattab

Berita Yang Menyedihkan :

  • Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi]
  • Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]
  • Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]

Peristiwa Yang Mengembirakan :

  • Pembukaan Kota Mekah

Penglibatan Dalam Peperangan :

  • Peperangan Badar
  • Uhud
  • Khandak
  • Khaibar
  • Al-Fath
  • Hunain
  • Tabuk

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :

  • Syam
  • Baitul Maqdis [ Palestin ]

Catat Rekod Dunia :

  • Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya' hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra' & Mi'raj ]

Isteri Yang Paling Disayangi :

  • 'Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ]

Anak Yang Paling Disayangi :

  • Fatimah

Cucu Yang Paling Disayangi :

  • Hassan bin Ali
  • Hussin bin Ali

Sahabat Yang Paling Disayangi :

  • Abu Bakar

Nasihat Nabi :

  • "Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan."

Wasiat Nabi :

  • Dalam Khutbah Wida' [ Khutbah Selamat Tinggal ]

    "Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku."

Syafaat Nabi :

  • Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :

  • Waktu pagi hari Isnin, 12 Rabiu'l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M pada umur 63 tahun, 4 hari

Sabda Rasulullah SAW:

  • "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )