Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Sunday, June 18, 2017

4 Sebab TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT Mungkin Sequel Terakhir & Korang Wajib Tengok!

4 Sebab TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT Mungkin Sequel Terakhir & Korang Wajib Tengok!


4 Sebab TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT Mungkin Sequel Terakhir & Korang Wajib Tengok!

Posted: 17 Jun 2017 05:59 PM PDT

4 Sebab TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT Mungkin Sequel Terakhir & Korang Wajib Tengok!

Selepas 3 tahun filem TRANSFORMERS menyepi dengan memberikan laluan pengarahnya, Michael Bay menyiapkan penggambaran, akhirnya filem ini bakal menggempakkan pawagam pada tahun ini dengan sequel kelima iaitu TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT.

Tapi, ramai mengatakan ni adalah sequel yang terakhir. Yeke? So, lepas ini dah tak ada lah TRANSFORMERS? Kesian peminat-peminat yang follow dari sequel satu sampai 4, takkan habis macam tu je kot? Jom kita tengok apa sebab-sebabnya…

 

1. Selepas pelakon utama ditukar…

Kalau korang tengok filem TRANSFORMERS dari sequel pertama iaitu pada tahun 2007 sampai lah sequel ketiga pada tahun 2014, Bay menggunakan pelakon utama yang sama. Shia LaBeouf digandingkan bersama Megan Fox yang dulu memang tengah hot, mesti lah korang nak tengok Megan Fox kan?

Tetapi, untuk sequel keempat iaitu TRANSFORMERS 4: AGE OF EXTINCTION, Bay menukar watak utama kepada Mark Wahlberg yang menjadikan rating dan jumlah kutipan sedikit menurun.

 

Kutipan filem yang meningkat dari $836.3 million hingga $1.124 billion untuk sequel 1-3, namun turun kepada $1.104 billion untuk sequel keempat. Dari situ kita dapat lihat peminat sedikit kecewa dan minat untuk mengikuti sequel seterusnya juga makin pudar, menjadikan rating jatuh. Bay juga mungkin agak patah hati lalu enggan meneruskan sequel TRANSFORMERS yang seterusnya.

 

2. Optimus Prime dah jadi jahat

Korang yang fanatik TRANSFORMERS mesti dah tengok trailer TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT kan? Amacam? Menarik tak?

Berdasarkan trailer, kita boleh nampak yang ada perubahan pada karakter Optimus Prime yang mana dulu ia melawan kejahatan bagi pihak manusia. Namun, selepas ia meninggalkan bumi, peperangan berlaku antara TRANSFORMERS dan manusia.

Sekembalinya Optimus Prime, dia pula nak musnahkan dan melawan manusia yang diwakili Bumble Bee. Apa dah jadi? So, lepasni Optimus Prime dah jadi jahat terus ke?

 

3. Ada kemunculan naga berkepala 3!

Kalau korang rajin baca review filem, nanti akan muncul Dragonstorm dalam TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT. Dragonstorm adalah naga berkepala 3 gabungan 2 Knights Of Cybertron, Dragonicus dan Stormreign. Wah! Mesti korang excited kan?

Lepas itu, ada lagi satu naga Steelbane, kesatria Cybertronian yang bertukar menjadi mekanikal wyvern. Mesti best ni!

 

4. Ini TRANSFORMERS arahan terakhir Michael Bay

Selepas mengarah 4 sequel TRANSFORMERS, Bay mungkin dah penat dan merancang untuk buat filem lain kan? Biasa lah, pengarah pun nak cari mood baru. Dia pun dah confirm yang ini adalah sequel terakhir, tapi kalau Paramount tak dapat cari penggantinya dan fans TRANSFORMERS pun asyik minta Bay sambung mengarah, mungkin beliau akan sambung. Apa kata korang?

 

Jangan lupa tonton TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT 22 Jun ni!

Walaupun TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT adalah yang terakhir, jangan lupa untuk tonton filem yang bakal pecah panggung arahan Michael Bay ini. Ia akan mula ditayangkan 22 Jun di semua pawagam seluruh Malaysia. Make sure filem ni dapat sambutan hangat dan naikkan semula rating. Mesti Michael Bay akan sambung mengarah sequel seterusnya!

6 Barang Yang Tak Disangka Berguna Pada Hari Raya

Posted: 17 Jun 2017 05:38 PM PDT

6 Barang Yang Tak Disangka Berguna Pada Hari Raya

Pejam celik pejam celik, dah nak dekat raya dah kan. Hati rasa macam tak sabar betul nak raya. Buat kerja pun mulalah dah tak fokus sebab asyik pikir nak balik kampung nak raya je. Betul tak? Hehe!

Perkara yang paling best kalau balik kampung masa raya ni adalah berkumpul dengan sanak saudara. Ada je benda kelakar atau idea gila yang akan keluar bila ramai-ramai tu. Yang paling seronok, makan ramai-ramai bila buka puasa. Berebut-rebut makanan. Fuh! Meriah betul!

Tapi, bila dah ramai-ramai tu, bukan makanan je berebut, macam-macam benda lagi anda akan berebut. Masa ni lah baru rasa macam "Eh..kenapa aku tak bawak siap-siap dari rumah. Kan dah menyesal!".

Nak tahu apa barang yang kita tak sangka berguna pada hari raya ni? Jom baca ni…

 

1.MULTIPLE USB/EXTENSION

Haa..jangan tak tahu. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, segala benda jadi tak cukup. LOL! Lepas dah seharian selfie raya tu, mestilah nak charge handphone masing-masing kan.

Masa ni lah multiple usb/ extension diperlukan sangat-sangat! So, anda kalau balik kampung, bawalah extra plug sendiri ya!

 

2. PETI PERTOLONGAN CEMAS

Sebenarnya bukan masa raya sahaja peti pertolongan cemas ni penting, benda ni memang wajib ada di rumah setiap masa okay!

Yela, masa raya ni dah tentu busy nak layan tetamu dan nak siapkan makanan untuk tetamu. So, segala benda kalau boleh kita nak siapkan laju-laju. Siapa sangka, time tengah potong nasi impit atau lemang, tiba-tiba terhiris jari anda pulak. Ouch!

Hati-hati pegang pisau tu!

 

3. MONOPOD/SELFIE STICK

Tak lengkap rasanya raya kalau tak bergambar satu keluarga kan? Mulalah keluar aksi-aksi pelik kalau dah ramai-ramai tu. HAHA!

Kalau boleh, semua orang nak masuk dalam gambar. Rugilah kalau takde muka anda yang cantik tu kan. Haa..masa ni lah selfie stick sangat diperlukan.

Barulah sempurna gambar raya anda sekeluarga!

 

4. PIN TUDUNG EXTRA

Kaum wanita setuju tak kalau admin cakap pin tudung merupakan benda yang sangat berguna time raya?

Yelah, perempuan ni boleh kata benda yang paling wajib hilang tiap-tiap hari adalah pin tudung! Beli lah berapa guni sekali pun, confirm hilang punya. LOL!

Bila raya, mestilah kita nak cantik-cantik kan. Tudung pun mestilah kena on point! So, wajib ada extra pin tudung. Lepas tu pulak, mesti ada antara cousins or makcik anda yang alami perkara yang sama.

So, anda yang ada pin tudung extra tu lah jadi penyelamat. To the rescue! 

 

5. BEKAS MAKANAN

Masa raya ni lah kita nak ziarah dan eratkan silaturrrahim dengan ahli keluarga terdekat kan.

Seronoknya pergi beraya ramai-ramai satu family. Yang lagi best, adalah makan time! Masa raya ni, boleh kata semua rumah akan hidangkan makanan yang istimewa dan meriah.

Bila family datang beraya kat rumah anda tu, mestilah anda nak bagi mereka bawa balik sesuatu kan. Selain bagi duit raya, bolehlah bagi mereka bawa balik sekali juadah raya. Bersedekah tu kan amalan mulia!

Haa..masa ni lah anda akan perlukan bekas makanan. Tapi jangan guna tupperware mak anda tau. Mengamuk pulak nanti! Haha!

 

6. YAKULT! SETIAP RUMAH HARUS ADA YAKULT!

Tak lengkap rasanya hari raya tanpa pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan.

Rendang, lemang, ketupat, sate, lontong, sup tulang, laksa, mi kari, kuah kacang, kuih raya, dan banyak lagi juadah raya wajib ada di setiap rumah. Senang cerita sampai tak muat meja lah!

Bila dah banyak makanan macam tu, takkan nak tengok saja kan. Apa lagi, bedal la! Bukan selalu. Haha!

Haa..lepas tu, mulalah perut meragam. Sakit perut lah, ciri birit lah. Spoil betul. Yelah, dah sumbat macam-macam kan. Masa ni, Yakult lah penyelamat anda!

Yakult adalah minuman kesihatan yang mengandungi probiotik tinggi dapat membantu menentang bakteria jahat di dalam usus, sekaligus dapat mengurangkan toksin yang berbahaya di dalam badan kita.

Selain itu, Yakult juga berpotensi untuk melindungi perut anda daripada keracunan makanan dan cirit birit berpunca daripada bakteria jahat tadi dan meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Hebat kan Yakult!

Sebab tulah kami sarankan, setiap rumah wajib ada Yakult. Takdelah spoil mood anda nak beraya.

 

JOM TENGOK DEMO RESEPI OLEH KEVIN ZAHRI!

Apa yang lagi menarik, sempena raya ni, pakar pemakanan dan juga jurulatih kecergasan terkenal iaitu Kevin Zahri nak tunjuk kat anda demo resepi Jus Kurma Yakult tau!

Macam sedap je! Haa..anda wajib tengok tau demo dari Kevin Zahri ni. Bolehlah ambil inspirasi untuk jamu dekat tetamu yang datang rumah nanti. Asyik hidang air sirap pun bosan juga.

Apa kata raya ni hidang Jus Kurma Yakult. Barulah lain dari yang lain. Jom kami belanja video demo dari Kevin Zahri dan anaknya yang comel!

Senang je kan cara nak buat Jus Kurma Yakult ni. Sihat pulak tu! Anda jangan lupa cuba resepi ni ok.

Yakult disayangi oleh 35 juta orang di 38 negara seluruh dunia. Yakult juga bebas daripada pewarna, bahan pengawet, penstabil makanan dan mempunyai 0% kolesterol dan 0% lemak.

Jom amalkan Yakult di hari raya ini untuk raya yang lebih meriah sambil kekal sihat!