Jika iklan AdSense dan AdWords dikendalikan oleh syarikat Google, pengiklanan konsep serupa iaitu Adsniaga dikendalikan oleh warga tempatan. PPC adalah singkatan bagi Pay Per Click iaitu bayaran iklan yang dikira berdasarkan bilangan klik oleh pengunjung blog atau website. Siapakah yang membayar dan siapakah yang menerima bayaran? Jika di Google, AdWords adalah untuk pengiklan manakala AdSense adalah untuk penyiar iklan. Di Adsniaga, terus terdapat akaun advertiser dan publisher.
Pengiklanan di AdWords sudah dikenali ramai dan pengiklanannya juga mempunyai persaingan yang tinggi menyebabkan bayaran untuk setiap klik boleh menjadi sangat mahal. Blogger tempatan yang mahu mendapat duit daripada AdSense juga boleh menjadi sukar kerana blog Bahasa Malaysia tidak boleh meletakkan iklan AdSense. Oleh itu, Adsniaga sangat berkesan untuk pengiklan dan penyiar iklan berbentuk pay-per-click.