Jawatan : Juruteknik Elektrikal
Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Juruteknik Elektrikal di TNB Integrated Learning Solution-ILSAS.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik atau Elektrik/Elektronik dari Politeknik atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas DAN
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Berdaya harap dan boleh mempelajari teknologi baru.
Jawatan : Juruteknik
Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Juruteknik di TNB Integrated Learning Solution-ILSAS.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas atau memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Kimpalan) dari institus-institusi kemahiran yang diiktiraf DAN
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
Cara Memohon :
Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB188C yang boleh didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran atau dimuat turun dari laman web TNB.
Tarikh Tutup: 14 Januari 2011
Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:
Pengurus Besar
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad,
Aras 9, Bangunan Ibu Pejabat TNB
No 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki melalui sesi-sesi pemilihan dan temuduga untuk menentukan kesesuaian mereka.
Penempatan
Calon calon yang berjaya akan ditempatkan di TNB Integrated Learning Solution-ILSAS.