Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:
PENGAMBILAN SECARA PEMBEKAL KHIDMAT (Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun berdasarkan keperluan)
- PENYUNTING VIDEO (EDITOR)
- OPERATOR FILM SCANNER
- ANIMATOR
- PENGGRED WARNA (COLOUR GRADER)
- EKSEKUTIF PEMASARAN
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web FINAS. Borang salinan pendua boleh digunakan.
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan 'resume' dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
- Tarikh tutup: 7 Januari 2010
CATATAN AM
- Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Borang Permohonan Jawatan di FINAS 1
Borang Permohonan Jawatan di FINAS 2