Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Thursday, January 06, 2011

Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan



  1. PEMELIHARA HUTAN G41 (KONTRAK)
  2. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G27 (KONTRAK)
  3. PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (KONTRAK)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Keutamaan diberi kepada anak Negeri Sembilan Darul Khusus bagi memenuhi jawatan berikut:-

  1. a. Jawatan : PEMELIHARA HUTAN GRED G41
    b. Klasifikasi : PERKHIDMATAN PERTANIAN
    c. Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    d. Jumlah Kekosongan : 1
    e. Gred/Jadual Gaji : Gred G41
         P1T1 RM1694.46 – P1T27 RM4644.46
         P2T1 RM1789.08 – P2T27 RM4922.73
         P3T1 RM1887.88 – P3T27 RM5224.80
    Elaun :
    1. ITKA : RM300.00
    2. ITP : RM250.00
    3. Bantuan Sara Hidup – RM200.00
    Syarat Lantikan :
    1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
      • Warganegara Malaysia
      • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
      • Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : P1T4) dan
      • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
    Tarikh tutup permohonan jawatan (1) ialah pada 7.1.2011
  2. a. Jawatan : PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G27
    b. Klasifikasi : PERKHIDMATAN PERTANIAN
    c. Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
    d. Jumlah Kekosongan : 1
    e. Gred / Jadual Gaji : GRED G27
         P1T1 RM1206.06– P1T26 – RM3028.61
         P2T1 RM1275.64 – P2T26- RM3214.76
         P3T1 RM1348.24 – P3T26 –RM3406.77
    Elaun :
    1. ITKA : RM160.00
    2. ITP : RM180.00
    3. Bantuan Sara Hidup : RM200.00
    Syarat Lantikan :-
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
      • Warganegara Malaysia
      • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
      • Diploma dalam bidang Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G27 : P1T6) dan
      • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
    Tarikh tutup permohonan bagi jawatan (2) ialah 21.1.2011
  3. a. Jawatan / Gred : PEMANDU KENDERAAN R3
    b. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
    c. Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir, Tidak Mahir
    d. Taraf Jawatan : Kontrak
    e. Jumlah Kekosongan : 1
    f. Jadual Gaji : Gred R3
         P1T1 RM701.42 – P1T17 – RM1354.86
         P2T1 RM743.89 – P2T17 – RM1423.41
         P3T1 RM787.99 – P3T17 – RM1493.59
    Syarat-syarat Lantikan:-
    1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
      • Warganegara Malaysia
      • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan ditutup
      • Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan
      • Memiliki Lesen Memandu Kelas D/F/E1/F/G/H/I mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)] perkhidmatan ini. Gaji permulaan pada Gred R3 ialah:-
      • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan pada Gred R3 ialah:-
             Lesen D - P1T3
             Lesen E/E1/E3 - P1T4
             Lesen F/H - P1T5
             Lesen G/I - P1T6
        Dan
      • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
    2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
      Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.
    Tarikh tutup permohonan jawatan (3) ialah pada 21.1.2011.




Cara Memohon Semua Jawatan
  1.  Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pind. 7/91 yang boleh didapati di Pusat Sehenti, Tingkat G, Blok D, Wisma Negeri , 70503 Seremban.
  2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan dokumen-dokumen yang berkaitan beserta sekeping gambar berukuran pasport.
  3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  4. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-
    Pengarah,
    Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan,
    Tingkat 4 Blok C,
    Wisma Negeri,
    70503 Seremban.