Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Sunday, February 03, 2013

7 Janji PM

7 Janji PM


7 Janji PM

Posted: 01 Feb 2013 06:15 AM PST

husam-musa-najib

7 Janji Perdana Menteri Kepada Rakyat Kelantan

 

1-Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai
2-Stadium baru yang canggih dan moden
3-Selesai masalah isu air tak bersih
4-Bina 3,000 unit perumahan rakyat dan mampu milik
5-Bina sebuah kampus baru Uitm yang boleh menampung 5,000 pelajar
6-Kemudahan bas Rapid seperti yang kini ada di Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Kuantan
7-Bina sebuah masjid baru yang terbesar di Kelantan dengan kos sekurang-kurangnya RM50 juta.

 

 

Respon Kepada Tujuh Projek Mega PM Jika Menang Di Kelantan

 

1. Meletakkan syarat menang di Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan adalah suatu penghinaan kepada rakyat Kelantan. Kelantan adalah sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain. Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.

2. Tujuh projek mega yang dijanjikan adalah pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak 12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan. Sebagai contoh dengan 50 juta kos pembinaan masjid ikonik, 2 billion lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai 12 billion sebagaimana tuntutan Kelantan terhadap royalty Petroleum. Rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.

3. Hak pemberian royalty Petroleum tidak disebut. Yang hanya disebut adalah Jawatankuasa Khas yang sengaja dicipta untuk lengahkan pemberian royalty Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan. Dalam kes Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan. Terengganu mendapat hak royalty Petroleum dan Pahang diumumkan untuk diberikan royalty sekalipun hasil minyak belum dikeluarkan.

4. Janji pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai adalah memalukan kerana dalam Rancangan Malaysia Ke 9 telah disebut dan kemudiannya dibatalkan. Janji-janji tersebut adalah saduran atau meniru Kelantan. Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan Stadium telah dijadikan projek Kerajaan Negeri. Cadangan projek yang seharusnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan untuk kebaikan penduduk Kelantan dan bukan hanya menyebut tujuh projek ulangan yang berskala kecil adalah sebagaimana berikut:

i. Benteng Sungai Golok untuk mengelak banjir yang sering berlaku di kawasan berdekatan ekoran limpahan Sungai Golok. Thailand telah menyiapkan benteng tersebut dan akibatnya limpahan berlaku dan mengakibatkan banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur.

ii. Pemberian status Lapangan Terbang Antarabangsa kepada Kelantan misalnya boleh menjadi katalis kepada pemacuan ekonomi Kelantan. Hak pemberian status ini sehingga ke hari ni tidak diberikan.

iii. Kemudahan pelabuhan yang sepatutnya dijadikan inisiatif untuk melihat perkembangan ekonomi rakyat Kelantan. Sehingga ke hari ini kemudahan ini tidak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

iv. Pendaratan Petroleum di Kelantan adalah isu besar yang jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas, ia harus diadakan. Pendaratan Gas dan Petroleum ini adalah perkara besar yang akan mengubah landskap ekonomi rakyat Kelantan.

5. Dalam kapasiti Barisan Nasional yang telah lama memerintah Malaysia tidak sepatut rakyat disuap dengan janji poltik sahaja. Sepatutnya semua kemudahan ini dilaksanakan untuk rakyat. Janji yang dibuat pula berskala kecil dari hak yang sepatunya. Dengan royati Petroleum sepatutnya Kelantan dapat lebih dari apa yang dijanjikan. Rakyat Kelantan mestinya telah matang dengan janji-janji poltik sebegini dan mengikat janji dengan kemenangan adalah memalukan sebagai sebuah Kerajaan yang memerintah serta menghina rakyat Kelantan keseluruhannya.

6. Pakatan Rakyat menawarkan 20% royalty Petroleum dan Rakyat Kelantan pastinya faham dan sedar akan tawaran yang besar sebegini sekalipun Dato' Seri Najib tidak menyentuhnya dalam janjinya di Kelantan semalam. Dengan pemberian 20% royalty Petroleum kemiskinan rakyat negeri-negeri pengeluar minyak boleh dibantu, kebajikan ditingkatkan dan memajukan negeri-negeri ini,

7. Rakaman tahniah atas kemenagan Dato' Seri Anwar dalam saman fitnah terhadap akhbar Utusan. Seharusnya diingat bahawa media utama Kerajaan akan terus menggunakan startegi utama iaitu "fitnah" menjelang pilihanraya ini. Ini adalah tektikal murahan dengan memberikan gambaran salah dan memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat. Ini adalah ekorang kurangnya iman dan runtuhnya kahlak islami dalam setiap susunan tektikal murahan media kerajaan. Yang peliknya media yang diurus oleh orang Islam lebih banyak disaman fitnah berbanding akhbar-akhbar milik bukan Islam. Ini adalah amat mengecewakan.

Sekian.

Dato' Haji Husam Musa

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan

9 Rabiul Awal 1434 H / 21 Januari 2013