Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Saturday, February 09, 2013

[EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap

[EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap


[EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap

Posted: 08 Feb 2013 03:59 PM PST

Jerantut - Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.

"Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.

"Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu," katanya.

Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.

Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.

"Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam.

Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.

"Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan," katanya.

Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar.

Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Jawatan Kosong Di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

Posted: 07 Feb 2013 10:39 PM PST

Jawatan : Pembantu Tadbir

Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan : Diploma
Gaji : Bergantung Kepada Pengalaman Dan Boleh Runding
Keterangan :

  • Lulus SPM & kredit Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Perakaunan/ Diploma Pengurusan Perniagaan/ Kelayakan Profesional LCCI atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Berpengetahuan dalam urusan-urusan perakaunan lengkap
  • Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan diutamakan
  • Berumur 21 tahun ke atas


Jawatan : Jurunilai Ar-Rahn
Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan : PMR
Gaji : Bergantung Kepada Pengalaman Dan Boleh Runding
Keterangan :

  • Sekurang-kurangnya lulus PMR atau mempunyai kemahiran khusus dalam bidang penilaian mutu emas

Bidang Tugas :

  • Membuat penilaian yang tepat berkaitan mutu emas berdasarkan hukum syarak
  • Bekerjasama dengan Pengurus dan Penolong Pengurus Ar-Rahn dalam menggerakkan tadbir urus peniagaan Ar-Rahn
  • Menjaga aset perniagaan Ar-Rahn dengan penuh amanah


Jawatan : Pembantu IT (Programmer)
Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan : Diploma
Gaji : Bergantung Kepada Pengalaman Dan Boleh Runding
Keterangan :

  • Lulus SPM
  • Mempunyai Diploma in Computer Programming & Pengaturcaraan Komputer dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Berpengalaman dalam bidang hardware & software komputer
  • Pengalaman kerja dalam bidang berkenaan di utamakan


Pemohon-pemohon yang berminat dijemput mengemukakan resume dan sekeping gambar berukuran pasport kepada :

Setiausaha Lembaga,
Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd
4210-J Bangunan Koop Guru,
Jalan Kebun Sultan,
15350 Kota Bharu.
(u.p.: Eksekutif Pentadbiran)

 

Tarikh Tutup : Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya jam 4:00 petang pada 14 Februari 2013 (Khamis)

Top Ten Antivirus 2013

Posted: 06 Feb 2013 03:25 PM PST

2013 Compare The Best Antivirus Software Products

  1. Bitdefender Antivirus Plus
  2. Kaspersky Anti-Virus
  3. Norton AntiVirus
  4. F-Secure Anti-Virus
  5. G Data AntiVirus
  6. BullGuard Antivirus
  7. AVG Anti-Virus
  8. Avast! Pro Antivirus
  9. Trend Micro Titanium Antivirus +
  10. VIPRE Antivirus

- Sumber -

Kasih Padamu

Posted: 05 Feb 2013 03:30 PM PST

Top Ten Carta IKIM.FM Musim Keenam - 03/02/2013 (Minggu 5)

#1 Kasih Padamu - Hafiz Hamidun


Rasulullah dalam sirah mu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umat mu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

 

Kau diutus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Taala
Azimat yang berharga


Rasulullah dengan hikmah mu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

 

Rasulullah engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

 

Dari hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

 

Rasulullah terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam senda yang utama
Menyambungkan kasih dengan mu

 

Rasulullah dalam sirah mu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umat mu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

 

Rasulullah dengan hikmah mu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

 

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Pabila terkenang mu mengalir air mataku…..

 

10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung

Posted: 04 Feb 2013 03:20 PM PST

Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

 

Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

 

Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus."Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat," menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

 

Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

 

Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

 

Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

 

Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

 

Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

 

Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

 

Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

 

Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

 

Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.

 

Disusun dan disediakan:
Nithyawathi A/P Batumalai
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu