Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Saturday, February 16, 2013

Ledakan Meteor Di Rusia

Ledakan Meteor Di Rusia


Ledakan Meteor Di Rusia

Posted: 15 Feb 2013 08:09 AM PST

TERKINI : METEOR telah terhempas ke buni sebentar tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.

Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.

Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.

Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.

Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.

p/s: Adakah meteor ini adalah serpihan daripada asteroid? Rujuk  Asteroid 2012DA14 Mendekati Bumi Pada Februari 2013?

Are You Ready For BN?

Posted: 14 Feb 2013 11:09 PM PST

Are You Ready For BN?

bn abu

panel management