Dato Pa Disebat!! |
- Dato Pa Disebat!!
- [EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap
- Jawatan Kosong Di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad
- Top Ten Antivirus 2013
- Kasih Padamu
Posted: 09 Feb 2013 02:34 AM PST KUALA LUMPUR: NGO tuntutan royalti Kelantan, 'R' menyifatkan kenyataan Datuk Mustapha Mohamad bahawa wilayah Kelantan hanya 3 batu nautika dari pantai satu kenyataan yang menderhaka kepada Tuanku Sultan Kelantan.
Ini kerana, tindakan tersebut telah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang telah wujud sejak 1941 dan perjanjian Kelantan masuk Malaysia pada tahun 1948. - Sumber : Harakahdaily Jumaat, 08 Feb 2013 03:09 -
Kota Bharu : NGO Tuntutan Royalti Kelantan 'R' menganjurkan 'Walk For Royalti' (W4-R) Yang bermula dari KB Mall hingga Pasir Pekan Melalui Jambatan Sultan Yahya Petra. Program yang bermula selepas Solat Jumaat itu dihadiri ramai rakyat Kelantan yang menuntut hak royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
Dalam program tersebut, Dato Pa yang juga merupakan rakyat Kelantan telah disebat kerana mengkhianati hak royalti Kelantan dan juga dehaka kepada titah DYMM Sultan Kelantan.
Gambar dan video sekitar W4-R Lagi gambar sekitar W4-R sila kunjungi FB Royalti. |
[EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap Posted: 08 Feb 2013 03:59 PM PST Jerantut - Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak. "Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta. "Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu," katanya. Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu. Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit. "Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami. "Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan," katanya. Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar. Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan. |
Jawatan Kosong Di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad Posted: 07 Feb 2013 10:39 PM PST
Jawatan : Pembantu Tadbir Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 2
Jawatan : Jurunilai Ar-Rahn
Bidang Tugas :
Jawatan : Pembantu IT (Programmer)
Pemohon-pemohon yang berminat dijemput mengemukakan resume dan sekeping gambar berukuran pasport kepada : Setiausaha Lembaga,
Tarikh Tutup : Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya jam 4:00 petang pada 14 Februari 2013 (Khamis) |
Posted: 06 Feb 2013 03:25 PM PST 2013 Compare The Best Antivirus Software Products
- Sumber - |
Posted: 05 Feb 2013 03:30 PM PST Top Ten Carta IKIM.FM Musim Keenam - 03/02/2013 (Minggu 5) #1 Kasih Padamu - Hafiz Hamidun Rasulullah dalam sirah mu
Kau diutus atas nama Kebenaran Walau diri bisa menakluki tahta
Rasulullah engkau tinggalkan
Dari hadith dan Al-Quran
Rasulullah terlalu rindu
Rasulullah dalam sirah mu
Rasulullah dengan hikmah mu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
|
You are subscribed to email updates from Alkhudhri.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |