Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Saturday, March 05, 2011

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai

MAJLIS PERBANDARAN NILAI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-
BILJAWATAN & GREDKUMPULAN PERKHIDMATANJADUAL GAJIJUMLAH KEKOSONGAN & TARAF JAWATAN
1.Pegawai Tadbir N41
Pengurusan dan Profesional
P1T1 RM1,690.28 - P1T27 RM 4,640.28
P2T1 RM1,784.90 - P2T27 RM 4,918.55
P3T1 RM1,883.70 - P3T27 RM 5,220.62
1 (Tetap)
2.Penolong Akauntan W27
Sokongan
P1T1 RM1,209.09- P1T26 RM3,031.64
P2T1RM 1,278.67 - P2T26 RM3,217.79
P3T1 RM1,351.27 - P3T26 RM3,409.80
1 (Tetap)
1SYARAT LANTIKAN, GAJI, ELAUN DAN CARA MEMOHON :-
*Sila layari laman web Majlis Perbandaran Nilai di alamat www.mpn.gov.my
*Kelayakan yang melebihi syarat lantikan adalah digalakkan memohon.
A.PEMBANTU TADBIR - GRED N41
(i)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3)
DANKepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji: P1T3 RM 1,871.18
Elaun: ITKA RM 300.00
ITP RM 250.00
BSH RM 200.00
B.PENOLONG AKAUNTAN - GRED W27
(i)Diploma dalam bidang pengajian perniagaan , kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U27: P1T5)
DANLulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji: P1T5 RM 1,475.29
Elaun: ITKA RM 160.00
ITP RM 180.00
BSH RM 200.00
CARA - CARA MEMOHON
(i)Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan(MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos bernilai RM1.00.
Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-
YANG DIPERTUAMAJLIS PERBANDARAN NILAINO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAANPERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAIPETI SURAT 5271800 NILAINEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
(ii)Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan SalinanPenyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.
(iii)Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;
(iv)Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;
2.TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 12 MAC 2011
3..CATATAN
(i)Hanya calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan / atau temuduga;
(ii)Permohonan yang tidak menerima apa-apajawapan selepas enam (6) bulandari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.