LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyelia, reka bentuk, pembinaan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya - lebuh raya bertol di Malaysia.
Kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan untuk menyertai warga kerja kami.
TEMUDUGA TERBUKA
Tarikh : 17 Mac 2011 (Khamis)
Waktu Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Waktu Temuduga : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi Temuduga : Hotel Renaissance Kota Bharu
Kota Sri Mutiara,Jalan Sultan Yahya Petra 15150 Kota Bharu Kelantan Darul Naim.
Tarikh : 4 April 2011(Isnin)
Waktu Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Waktu Temuduga : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi Temuduga : Pejabat Pasukan Projek II (LPT Fasa 2)
Lembaga Lebuhraya Malaysia
No.13-17, Bangunan IKS
Kawasan Perindustrian Ajil
21700 Ajil
Terengganu Darul Iman
JURUTEKNIK ELEKTRIK (GRD J22) KONTRAK
Tanggungjawab:
Membantu Jurutera (Elektrik) membuat semakan ke atas semua aspek rekabentuk pada fasa rekabentuk dan selanjutnya memantau pembinaan projek dengan membuat lawatan tapak, pematuhan kualiti dan sebagainya pada fasa pembinaan untuk memastikan Syarikat Konsesi memenuhi obligasi seperti yang telah ditetapkan.
Kelayakan:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;
iii) Memiliki sijil Kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iv) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
v) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan tidak kurang dari 8 tahun.
JURUTEKNIK AWAM (GRED J17) KONTRAK
Tanggungjawab:
Membantu Jurutera (Awam) dan Juruteknik (Awam) Gred J22 dalam menjalankan tugas pemantauan pembinaan projek dengan membuat lawatan tapak, semakan pengurusan kualiti, menyaksikan ujian-ujian kualiti di makmal dan di tapak, menyediakan laporan-laporan pemantauan projek dan sebagainya untuk memastikan Syarikat Konsesi memenuhi obligasi seperti yang telah ditetapkan.
Kelayakan:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;
iii) Memiliki sijil Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)
Tanggungjawab:
Menjalankan kerja – kerja berkaitan dengan urusan pentadbiran seperti menerima dan merekod surat / memo, mengedarkan surat / memo sama
ada dalaman atau luaran, mendaftar dokumen dan mengemaskini data.
Kelayakan:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;
iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iv) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas)
NOTA PENTING
- Calon-calon dikehendaki membawa 2 keping gambar berukuran passport beserta salinan ASAL dan satu salinan FOTOSTAT dokumen berikut:
1. Kad Pengenalan
2. Sijil POLITEKNIK/SPM/SPMV dan PMR
3. Sijil-Sijil Persekolahan
- Calon lelaki hendaklah berpakaian kemas dengan memakai kemeja berlengan panjang, berseluar panjang serta memakai kasut yang sesuai dan berstokin.
- Calon perempuan hendaklah berbaju kurung atau kebaya serta memakai kasut yang sesuai.
- “Jeans” atau “Corduray” tidak dibenarkan.
*(Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas akan diberi keutamaan).