Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Wednesday, March 23, 2011

Jawatan Kosong di UiTM Pahang



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA, Pahang.

A JAWATAN


PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95


B. SYARAT LANTIKAN


(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer).


C. TARAF JAWATAN

TETAP


D. UMUR

(a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.


E. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan- Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini.

(b) Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

(d) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan dan mengikut susunan berikut:-

i) Salinan Kad Pengenalan
ii) Salinan tamat persekolahan sekolah rendah / sijil UPSR
iii) Salinan tamat persekolahan menengah rendah / LCE / SRP / PMR
iv) Salinan Sijil MCE/SPM, HSC / STPM atau setaraf
v) Sijil Politeknik atau setaraf
vi) Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji.


(e) Kelayakan SPM mengikut sistem terbuka untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam.

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum perlaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

(i) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan ; atau

(ii) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

(ii) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


(f) Kelayakan PMR untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam.

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan PMR boleh dilantik ke jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan Perkhidmatan Awam yang bersesuaian yang mensyaratkan ’lulus’ SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Perlantikan ini boleh dibuat dengan syarat calon-calon berkenaan memiliki keputusan-keputusan seperti berikut:-

(i) mendapat sekurang-kurangnya peringkat ’D’ dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan

(ii) bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan ’kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya di peringkat SRP, calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat ’C’ dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR



F. PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati sendiri di :-

BAHAGIAN PENTADBIRAN
(UNIT PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG
LINTASAN SEMARAK
26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO. TELEFON : 09-4602032/33

ATAU

UiTM KAMPUS KUANTAN
JALAN BUKIT SEKILAU
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL
NO.TELEFON : (09) 5138143


(b) Muat turun borang permohonan dari laman web UiTM Pahang;
http://www.pahang.uitm.edu.my

G. Permohonan yang telah lengkap diisi, sila majukan ke alamat berikut:

BAHAGIAN PENTADBIRAN
(UNIT PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG
LINTASAN SEMARAK
26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR


Tarikh tutup permohonan ialah pada :- 28 Mac 2011