Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Tuesday, March 29, 2011

Jawatan Kosong Pustaka Negeri Sarawak

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Skim Perkhidmatan : Juruteknik, J17 - Sivil (1 KEKOSONGAN – MIRI)
Taraf Jawatan : Tetap - Jawatan Berasaskan Caruman
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
Jadual Gaji : 
P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37
P2T1 RM 896.00 - P2T26 RM 2452.46
P3T1 RM 950.45 - P3T26 RM 2583.95

Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknikpoliteknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah ada Gred J17:P1T9); DAN
  2. Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Memohon:
  1. Permohonan hendaklah beserta dengan butir-butir peribadi (curriculum vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, gaji, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:
    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    PUSTAKA NEGERI SARAWAK
    Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium Petra Jaya,
    93050 Kuching 
  2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini
  3. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan
  4. Hanya permohonan yang dipilih untuk temuduga sahaja akan dihubungi
  5. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
  6. Tarikh tutup iklan adalah pada : 3 April 2011