Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

 

Thursday, March 10, 2011

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson

Majlis Perbandaran Port Dickson
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-
A. JAWATAN, GRED DAN JADUAL GAJI
BILJAWATAN DAN GREDKUMPULAN PERKHIDMATANJADUAL GAJI
1.Penolong Jurutera J36SokonganP1T1 RM 2733.69 – P1T14 RM 4486.69 P2T1 RM 2946.95 – P2T14 RM 4988.87
2.Penolong Akauntan W32SokonganP1T1 RM 2416.06 – P1T13 RM 3595.78 P2T1 RM 2626.30 – P2T13 RM 3914.98


Jadual gaji diatas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan Sara Hidup dan elaun-elaun lain.
B. SYARAT LANTIKAN
1. PENOLONG JURUTERA GRED J36 – TETAP (1 KEKOSONGAN)
1.1 Penolong Jurutera Gred J29 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Jurutera Gred J36 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W32 – TETAP (1 KEKOSONGAN)
2.1 Penolong Akauntan Gred W27 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W32 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
C. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang layak dibawah peruntukan kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan-jawatan yang berkaitan, hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
D. CARA MEMOHON
i)Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonanyang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Port Dickson atau dengan mengirimkan sampul surat berukuran 22sm x 35sm bersetem 60 sen dan beralamat sendiri.
ii)Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil, surat akuan dan lain-lain dokumen berkaitan yang diakui sah.
iii)Permohonan daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan hendaklah disertakan bersama.
iv)Nama jawatan hendaklah ditulis dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada :-
Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
E. TARIKH TUTUP : 14 Mac 2011
F. CATATAN AM
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.